Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu, mungkin itu peribahasa yang paling sesuai diungkap kepada seorang peniaga baju terpakai dari Bachok, Kelantan selepas menemui ‘seketul’ wang tunai bernilai 550,000 yen atau nilai ringgit Malaysia, RM20,755.84.

Peniaga, Wan Mohamad Adam Wan Mohamed berkata, dia mengesan sesuatu yang pelik ketika membuka guni pakaian terpakai yang dibeli sebelum menemui wang yang diletakkan dalam beg duit dan diselitkan di dalam sehelai baju
“Tidak sangka sesuatu yang keras itu wang tunai dan ini mungkin rezeki terpijak saya selepas membeli lebih 10 guni pakaian terpakai,” ujarnya yang membeli pakaian tersebut di sebuah gudang di Wakaf Bharu, hujung minggu lalu dengan harga RM50.

Katanya, duit tersebut kelihatan kemas disusun dan menganggap pemiliknya terlupa ‘mengambilnya’ sebelum menjual pakaian terpakai tersebut.
Rezeki terpijak itu digunakan untuk melebarkan perniagaan selepas menukarkan sebahagian wang kertas tersebut manakala selebihnya mahu disimpan sebagai kenangan.
Entah duit orang Jepun mana la ni jadi rezeki peniaga bundle kita di sini!