Bertudung tetapi mahu rambut cantik, ikuti 7 petua ini

Bertudung tetapi mahu rambut cantik, ikuti 7 petua ini

Pilih fabrik lembut untuk tudung dan elakkan tudung diperbuat daripada kain kapas kerana material ini mudah memerangkap haba yang menyebabkan rambut berminyak.

Ramai wanita bertudung menyedari bahawa mereka mempunyai masalah rambut dan kulit kepala. Bagaimanapun, mereka menganggap masalah tersebut tidak serius dan hanya mendiamkan diri.

Mereka enggan mendapatkan rawatan dan membiarkan masalah ini begitu sahaja sehingga ada yang separuh botak bila tudung ditanggalkan.

Hakikatnya, wanita bertudung juga berhak untuk memiliki rambut yang cantik.

Tiada lagi masalah kulit kepala gatal, rambut gugur atau kelemumur, dan anda sendiri akan selesa walaupun bertudung sekiranya rambut dalam keadaan terjaga.

FMT Ohsem berkongsi beberapa tips penjagaan rambut untuk wanita bertudung yang masih pening dengan masalah rambut yang menipis atau asyik nak menggaru kerana kulit kepala gatal

1. Jangan ikat rambut terlalu ketat

Tindakan mengikat rambut terlalu ketat menyebabkan rambut mudah gugur dan akar rambut menjadi cepat rosak.

2. Jangan pakai tudung semasa rambut masih basah

Pastikan rambut anda dalam keadaan kering sebelum anda menyarung tudung di kepala. Keadaan rambut basah akan membuat kulit kepala berminyak dan rambut rosak. Ia juga menggalakkan kelemumur serta membuat kepala anda berbau!

Susun jadual sekiranya anda mempunyai rambut yang panjang dan memerlukan masa yang lama kering. Elakkan penggunaan alat pengering rambut yang kerapkerana boleh menyebabkan rambut kering.

3. Sentiasa tukar anak tudung

Ini penting kerana melibatkan soal kebersihan, pemakaian anak tudung yang sama melebihi 3 hari menyebabkan rambut berbau dan memudahkan pembiakan bakteria pada kulit kepala. Jangan pandang mudah pemakaian anak tudung kerana ia boleh mengakibat rambut berkelumumur.

4. Pilih tudung yang bersesuaian

Pemilihan tudung yang sesuai adalah penting untuk pastikan rambut sentiasa sihat. Pilih fabrik lembut untuk tudung dan elakkan tudung yang diperbuat daripada kain kapas kerana material ini mudah memerangkap haba.

5. Pilih syampu bersesuaian dan rehatkan rambut

Pemilihan syampu juga penting, jangan guna syampu yang mengandungi banyak bahan kimia. Gunakan syampu yang disyorkan untuk mereka yang bertudung. Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sekiranya anda ragu-ragu dengan pilihan syampu yang sesuai. Selain itu rambut juga perlukan rehat. Pastikan rambut tidak ‘disimpan’ di dalam tudung 24 jam!

6. Elak pemakaian minyak rambut

Penggunaan minyak menyebabkan rambut berada dalam keadaan ‘terperangkap’ di bawah tudung. Kulit kepala akan jadi lebih berminyak dan rambut mudah gugur.

7. Trim rambut

Hanya kerana anda bertudung tidak bermaksud anda boleh biarkan rambut memanjang tanpa perhatian. Trim hujung rambut setiap 4 hingga 6 minggu bagi mengelakkan rambut bercabang.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.