Bad mood! Itu perkara biasa dalam kehidupan seharian. Adakalanya terasa sangat down tanpa tahu sebabnya. Ada juga yang ‘bad mood’ kerana sudah sampai masa datang bulan.

Apapun yang menyebabkan mood anda ‘menggila’, pasti ada jalan keluar darinya. Salah satu cara paling mudah adalah makan. Ais krim adalah mood-booster yang selalu diambil terutama sekali oleh kaum hawa, tetapi ingat, ia tidak berapa baik untuk kesihatan.
Terdapat beberapa makanan yang dapat mengubah keadaan mood tanpa risiko penambahan berat badan…asal saja ia diambil dalam kadar yang sederhana.
Coklat
Coklat mengandungi banyak antioksidan, termasuk magnesium yang membantu saluran darah untuk lebih rileks, mengurangkan tekanan darah dan juga membantu meningkatkan peredaran darah anda. Coklat yang mengandungi 70% koko bukan sahaja membantu mengurangkan keresahan bahkan membantu untuk mengurangkan PMS, kemurungan dan keletihan. Apa yang perlu diingat adalah pemilihan coklat, pastikan ianya coklat gelap!
Kopi
Satu cawan kopi dapat memberikan tenaga pada badan anda sepanjang hari. Kandungan dopamin dan setonin dalam kopi dapat memberi anda rasa kelegaan.
Salmon
Salmon kaya dengan omega 3 yang dikatakan dapat membantu untuk meningkatkan perubahan mood dan menghalang kemurungan. Omega 3 juga boleh meningkatkan memori dan menajamkan tumpuan. Masukkan salmon bersama sayur-sayuran kukus sebagai salah satu diet anda untuk memperbaiki mood.

Telur
Telur mengandungi vitamin D, vitamin penting dalam mengekalkan sistem imun dan membantu untuk merawat penyakit. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin D dapat membantu anda mengurangkan masalah kemurungan serta membantu menurunkan berat badan.
Buah beri
Buah beri mengandungi anthocyanidin yang membantu untuk mengurangkan radang dalam badan dan juga membantu mengurangkan kadar kemurungan. Ia juga mengandungi antioksidan yang bukan sahaja baik untuk kulit anda tetapi juga dapat membantu melawan penuaan.
Kacang walnut
Walnut mengandungi melatonin yang bukan sahaja membantu mengurangkan masalah tidur tetapi juga mengurangkan masalah penyakit jantung, kencing manis dan juga melawan hormon tekanan. Walnut juga dapat membuatkan kulit dan rambut anda berkilat. Makan walnut secara sederhana sebagai snek ringan.
Avocado
Walaupun asing dalam masakan orang Timur, avocado baik untuk otak anda selain dari membantu untuk melawan keletihan dan meningkatkan tahap hormon anda. Selain dari mempunyai manfaat kesihatan yang luar biasa, avocado juga penuh dengan lemak sihat yang boleh membantu penghadaman dan membuatkan kulit anda ‘glowing’ secara natural.
Pisang
Doktor biasanya akan memberikan anda vitamin B sebagai mood-booster, tetapi tahukan anda bahawa pisang adalah sumber terbaik untuk mendapatkan vitamin B yang boleh mengurangkan kemurungan. Mulakan pagi anda dengan memakan pisang, samada bersama bijirin sarapan atau smoothie untuk mood yang lebih hebat.
Pasta
Makanan yang mengandungi karbohidrat adalah makanan yang paling berkesan untuk menceriakan mood. Ia juga sumber tenaga bagi badan anda. Selain karbohidrat, serotonin dalam pasta juga berfungsi untuk mengawal hormon! Amalkan pengambilan pasta gandum penuh dalam diet seharian anda untuk meningkatkan tahap endorfin dan juga vitamin B.