#10yearschallenge WWF Malaysia bawa mesej mendalam

#10yearschallenge WWF Malaysia bawa mesej mendalam

Gambar yang dikongsi WWF Malaysia jelas menunjukkan perbezaan hutan yang dulunya rimbun kini 'gondol' akibat kerakusan manusia.

Sejak beberapa hari lepas, media sosial kecoh dengan cabaran perbandingan #10yearchallenge. Ramai antara kita yang mengambil kesempatan untuk berkongsi gambar-gambar termasuk koleksi peribadi yang menunjukkan perbezaan rupa dan saiz dalam jangka masa 10 tahun.

Kebanyakkan berkongsi gambar perubahan saiz, dari S ke XL, dan ramai juga yang yang membanding garis kedutan di muka selepas10 tahun.

Namun, gambar yang dikongsi WWF Malaysia, walau sangat menarik, ianya mengingatkan kita realiti yang ‘menakutkan’. Gambar tersebut menunjukkan perbezaan keadaan hutan yang dirakamkan pada 2009 dalam keadaan menghijau dan rimbun dengan gambar terkini dalam keadaan gondol akibat kerakusan manusia.

Bagaimanapun, WWF Malaysia tidak mendedahkan lokasi sebenar kawasan hutan tersebut.

Pengguna Facebook turut menekan butang sedih sebagai tanda kecewa dengan realiti yang berlaku. Ramai juga yang menyuarakan kebimbangan dengan keadaan hutan dan bumi yang semakin tenat.

https://www.facebook.com/wwfmy/posts/10158116809053242

Selain WWF, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berkait alam sekitar dan kehidupan fauna turut berkongsi gambar cabaran 10 tahun yang menyayat hati.

FMT OHsem berharap perkongsian gambar daripada WWF Malaysia itu dapat mewujudkan perasan lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap keadaan hutan di Malaysia kerana kita tidak mahu generasi masa depan hanya dapat mengenali hutan dari paparan kaca televisyen atau muzium.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.