Siapa yang tak kenal animasi Upin & Ipin. Nama tersebut sudah menjadi ‘household name’ apatah lagi jika anda mempunyai anak kecil di rumah.

Lagipun, setelah sekian lama, Upin & Ipin berjaya menjadi jenama animasi tempatan yang popular.
Menariknya, pengaruh Upin & Ipin bukan hanya terhad di negara ini, malah tersebar ke negara-negara jiran termasuk Indonesia yang mempunyai pengikutnya tersendiri.
Baru-baru ini, sebuah produksi dari Indonesia, Mpic Animation Studios memperkenalkan watak baru iaitu Burik & Gopeng yang amat serupa dengan Upin & Ipin, dua watak kanak-kanak botak manakala seorang memiliki rambut nipis.
Memang sebiji seperti Upin & Ipin cuma Burik & Gepeng berkulit sedikit gelap dan bertubuh besar, seperti kanak-kanak di awal peringkat remaja.
Persamaan watak animasi terkenal itu mendapat reaksi penduduk kedua-dua negara yang masing-masing meluahkan rasa tidak puas hati.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri penduduk Indonesia yang mendapati watak animasi baru itu mirip kepada animasi terkenal dari Malaysia yang ditayangkan sejak 2007.
Bagaimanapun, pertanyaan warga net kepada pihak Mpic Animation Studios langsung tidak diendahkan.
Mungkin Burik & Gepeng adalah adaptasi remaja Upin & Ipin yang telah berhijrah ke Indonesia.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]