Nenas, superfood tempatan untuk kesihatan menyeluruh

Nenas, superfood tempatan untuk kesihatan menyeluruh

Nutrisi terpenting yang diperolehi dari nenas adalah bromelain, enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan dan menghalang berlakunya alzheimer.

Nenas adalah buah tempatan yang paling mudah ditemui, sama ada di kedai buah biasa atau pasaraya. Namun ramai yang tidak tahu bahawa amalan memakan nenas sangat baik untuk kesihatan.

Jangan takut dengan cerita makan nenas akan mengakibatkan sakit perut atau cirit birit, asal saja diambil dalam kadar berpatutan, tubuh akan mendapat banyak manfaat darinya. Satu lagi alasan untuk memilih buah ini adalah harganya yang berpatutan, anda boleh mendapat nutrisi tambahan tanpa keluar belanja besar.

Ketahui antara kebaikan nenas yang anda mungkin terlepas pandang:

Kaya Vitamin C

Vitamin C dalam nenas bagus untuk melawan masalah seperti sakit jantung dan sakit sendi. Berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre, vitamin ini juga penting untuk menghapuskan lendir, kahak dan legakan sinus.

Sebagai pertahanan antioksidan

Nenas mengandungi mangan yang penting untuk pertahanan antioksidan. Unsur ini juga penting untuk otak. Manganese membekalkan tenaga pada sel-sel otak dan bertindak seperti power bank. Ia juga melawan penuaan dan penyakit dengan melindungi sel-sel tubuh.

Baik untuk tulang

Nenas juga baik bagi membentuk tulang yang kuat. Gabungan mangan dan beberapa mineral yang lain dikatakan dapat mengelakkan osteoporosis.

Penghasilan tenaga dalam tubuh

Kandungan thiamin di dalam nenas juga tinggi. Thiamin merupakan vitamin B yang terlibat dalam menghasilkan tenaga. Tugasnya menukar karbohidrat, lemak dan protein kepada tenaga untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti-stress.

Mengurangkan risiko sakit mata

Nutrisi dalam nenas bagus untuk mengurangkan risiko penyakit mata seperti katarak yang biasanya terjadi dengan peningkatan usia.

Untuk usus sihat

Serat di dalam nanas memastikan usus sentiasa sihat.

Ezim Bromelain

Selain itu nenas juga kaya dengan bromelain iaitu sejenis enzim yang memecahkan protein dan membantu pencernaan. Bromelain juga berfungsi mengurangkan masalah keradangan dan risiko tumbesaran tumor serta risiko penggumpalan darah.

Enzim ini hanya ditemui di dalam nenas.

Bromelain juga disebut antara bahan yang boleh membantu menurunkan berat badan dan menghalang berlakunya alzheimer.

Untuk kesuburan

Kandungan vitamin dan mineralnya dikatakan bagus untuk kesuburan lelaki dan
wanita.

Sumber karbohidrat

Nenas adalah sumber karbohidrat yang diperolehi daripada gula seperti fruktosa,sukrosa, dan glukosa di dalamnya.

Satu cawan potongan nanas mengandungi 82 kalori. Nanas juga bebas lemak dan bebas kolesterol selain rendah kandungan sodium dan gula.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.