
Seks adalah satu isu tabu yang jarang dibualkan secara terbuka. Namun, BBC menerusi rancangan BBC Crossing Continents yang disiarkan menerusi saluran Radio 4 baru-baru ini menyelidik dan meringkaskan beberapa fakta menarik dan unik mengenai pemahaman seks di beberapa negara di dunia.
Jom ikuti fakta unik ini.
1. Orang asli Hawaii buat lagu alat kelamin
Orang asli di Hawaii bukan sahaja memberi nama pada diri sendiri malah kepada organ seks masing-masing. Mereka turut mencipta lagu dikenali ‘mele ma’i’, yang dikhaskan untuk alat kelamin.
Menurut Dr. Milton Diamond, pakar dalam tingkah laku seksual di Hawaii, lagu ‘mele ma’i’ yang menggambarkan alat sulit ratu tempatan, Lili’uokulani antara lagu popular dalam kalangan mereka.
2. Orang Jepun kurang berminat dengan seks
Banyak laporan dan dokumentari mengenai kehidupan seksual rakyat Jepun mendedahkan mereka kurang berminat dalam aktiviti tersebut. Kira-kira satu pertiga pasangan suami isteri tidak mengadakan hubungan seks. Terlalu letih adalah alasan yang biasa digunakan lelaki Jepun untuk tidak bersama, sementara bagi perempuan, mereka melihat seks sebagai masalah.
Satu lagi kaji selidik mendapati peratusan warga Jepun berusia antara berusia 18-34 yang tidak bersetubuh meningkat mendadak, hampir 45% mengatakan mereka tidak pernah melakukan seks.
3. Korea Selatan tidak mahu bayi
Kebanyakan wanita Korea Selatan tidak mengutamakan status menjadi ibu atau suri rumah.
Secara umum, wanita Korea Selatan mempunyai purata 1.05 kanak-kanak sepanjang hidup mereka. Tetapi negara itu memerlukan kadar kesuburan purata 2.1 kelahiran bagi setiap wanita supaya populasi penduduknya stabil. Sebagai mengatasi krisis kelahiran, kerajaan menyalurkan puluhan bilion dolar dalam kempen kesuburan dan seks, namun bilangan kelahiran terus menurun sejak 10 tahun lepas.
Kemungkinan kenaikan harga perumahan atau kos penjagaan anak berperanan dalam krisis ini, tetapi sebab yang lebih kukuh ialah waktu kerja yang lama. Wanita Korea Selatan menjadi tulang belakang keluarga dan untuk komited dengan bayi, mereka perlu mengorbankan kerjaya atau melakukan kedua-dua perkara dalam masa sama.
4. Rusia sambut Hari Kesuburan
Rusia memperkenalkan cara pintar bagi menggalakkan penduduknya melakukan hubungan seks untuk mengatasi penurunan populasi.
Bandar Gubernur Ulyanovsk di timur Moscow, misalnya mengisytiharkan 12 September sebagai hari rasmi bercuti di mana pasangan digalakkan tinggal di rumah untuk ‘bersama’. Pasangan yang menghasilkan bayi 9 bulan kemudian diberi hadiah seperti kamera video, peti sejuk dan mesin basuh.
5. Di kampung Mehinaku, Brazil, lelaki menggoda wanita menggunakan ikan
Di sebuah perkampungan kecil di Mehinaku, Brazil, wanita mempunyai cara mudah untuk memilih pasangan.
Lelaki akan bersaing untuk mendapatkan wanita pilihan dengan memberi hadiah dalam bentuk ikan.
Dan selalunya lelaki dengan ikan terbesar akan menarik tumpuan wanita.
6. Wanita Austria letak hirisan epal di ketiak untuk goda lelaki
Di sebuah bandar kecil di Austria, wanita akan menghadiri majlis tari menari dengan meletakkan hirisan epal di ketiak.
Selepas majlis, mereka akan menarik lelaki pilihan ke bilik, untuk ditawarkan dengan hirisan epal yang diapit di ketiak. Sekiranya lelaki itu ‘jatuh hati’, dia akan memakan hirisan buah epal tersebut.
Kejap, memang geli!
7. Puak Guajiro di Colombia buat helah dengan menari untuk seks
Ini adalah cara pelik yang diamalkan oleh lelaki dan wanita puak Guajiro di Colombia untuk bersetubuhan. Mereka akan menari untuk menipu dan selepas berjaya membuat lelaki itu tertipu menerusi helah dalam tarian, mereka boleh membawa hubungan tersebut ke tahap seterusnya.
8. Rakyat Denmark melakukan hubungan seks ketika bercuti
Menurut penyelidikan sebuah syarikat pelancongan, Spies Travel, kira-kira 46% rakyat Denmark melakukan hubungan seks semasa bercuti. Bukan itu sahaja, 10% bayi Denmark “terhasil” apabila ibu bapa tidak berada di luar rumah.
Ekoran itu, pada 2014 syarikat tersebut menawarkan hadiah berupa bekalan keperluan bayi selama 3 tahun dan cuti khas bersama anak kepada para pelanggan yang dapat membuktikan anak mereka memang “dihasilkan” semasa bercuti.
9. Orang Yunani paling kerap buat seks
Menurut tinjauan yang dijalankan oleh pembuat kondom Durex, melibatkan hampir 30,000 orang dalam tempoh 16 tahun di 26 negara – Greece adalah “syurga seks”. Penduduk Greece melakukan hubungan seks paling kerap: sekitar 164 perhubungan seks setiap tahun.
Kemungkinan kerana cuaca atau ada sesuatu di dalam airnya! Asal usul mereka juga mesti memainkan peranan. Orang Yunani Kuno dikenali sebagai seorang yang sangat bertoleransi, terbuka dan suka bereksperimen semasa hubungan seks.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]