Mulut berbau? Ini puncanya

Mulut berbau? Ini puncanya

FMT Ohsem berkongsi dengan anda punca mulut berbau. Kenali masalah ini supaya anda boleh mendapatkan rawatan yang sesuai.

Sumber gambar: Blis Technologies

Mulut yang berbau pasti membuatkan ramai dalam kalangan kita berasa tidak senang. Situasi ini akan menjadi lebih buruk sekiranya anda terpaksa berkomunikasi dengan orang ramai. Bau yang keluar dari mulut anda boleh mengganggu perbualan.

Masalah nafas berbau atau dalam perubatan dikenali sebagai Halitosis iaitu perkataan Greek yang bermakna nafas busuk biasanya disebabkan oleh bakteria terkumpul yang menjejaskan kebersihan mulut. Terdapat juga beberapa penyakit yang menyebabkan mulut berbau.

Kadangkala rakan-rakan tidak selesa berbual dengan anda namun takut untuk memberi teguran. Adalah lebih baik sekiranya kita sendiri prihatin tentang kebersihan oral bagi mengelak situasi memalukan.

FMT Ohsem berkongsi dengan anda punca mulut berbau. Kenali masalah ini supaya anda boleh mendapatkan rawatan yang sesuai.

Jangkitan bakteria

Punca awal masalah mulut berbau biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria di kawasan gigi, gusi dan lidah. Pembersihan lidah juga adalah penting kerana kebanyakan bakteria busuk suka berada di penghujung lidah.

Keadaan ini boleh dirawat dengan mengamalkan ca memberus gigi dan lidah dengan betul, gunakan benang pembersih gigi (floss) dan ubat kumur.

Penurunan kandungan air liur

Kekurangan air liur dalam mulut juga akan menyebabkan mulut berbau, contoh terbaik adalah ketika berpuasa.

Pereputan sisa makanan

Lebihan sisa makanan yang terselit di celah gigi dan tidak dibersihkan dengan sempurna juga menjadi menyebabkan mulut berbau. Amalkan berkumur atau menggosok gigi selepas makan bagi mengelak sisa makanan tertinggal di dalam mulut.

Gejala awal penyakit serius

Kadangkala, mulut berbau adalah indikasi awal penyakit lain yang lebih serius. Sekiranya keadaan mulut berbau perpanjangan, jumpa doktor dan lakukan pemeriksaan menyeluruh.

Gangguan tonsil

Masalah tonsil bengkak juga menyebabkan nafas berbau. Bakteria dan kuman yang terperangkap di sekeliling tonsil yang membengkak menghasilkan bakteria anaerob sebelum menghasilkan bateria sulfur yang menyebabkan bau busuk. Dapatkan ubatan yang sesuai melalui doktor anda.

Resdung kritikal

Masalah resdung yang berpunca daripada saluran hidung menyebabkan bau menyerupai kapur barus terhasil. Ini kerana lendir ketika hidung tersumbat mengandungi protein yang sangat padat.

Kahak terkumpul

Kahak yang banyak pada tekak juga boleh mengganggu pernafasan dan menyebabkan mulut berbau.

Pengambilan makanan pedas dan masam yang berlebihan

Minuman berkafein seperti kopi boleh menyebabkan injap di dalam salur pemakanan berada dalam keadaan lebih anjal dan memudahkan asid naik ke atas peti suara.

Pengambilan minuman berkarbonat dan makanan yang terlalu masam, pedas, serta terlalau banyak menggunakan penambah perisa atau pengawet juga menggalakkan pengeluaran asid berlebihan, punca mulut berbau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.