Lawan kemurungan dengan 6 makanan ini

Lawan kemurungan dengan 6 makanan ini

Zink amat penting kepada manusia dan tidak hairanlah apabila kekurangan nutrisi ini, ia boleh membuat seseorangan murung.

Bercakap mengenai solusi bagi depressi atau kemurungan, kita pasti terbayangkan pendekatan holistik atau ubat-ubatan yang diberikan doktor untuk pulih.

Namun, masalah kemurungan ini juga boleh diatasi dengan ‘membetulkan’ pemilihan makanan.

Masalah kemurungan berkait rapat dengan perubahan kimia dalam otak yang mempengaruhi reaksi, perasaan atau emosi disebabkan faktor seperti kerja, kewangan, hubungan yang tidak sihat, tekanan mental dan banyak lagi.

Seorang pakar pemakanan akui ia juga boleh berlaku disebabkan kekurangan nutrien dan pemilihan makanan yang salah.

Misalnya zat zink amat penting kepada manusia dan tidak hairanlah apabila kekurangan nutrisi ini, ia boleh mengheret seseorangan berdepan kemurungan.

FMT Ohsem menyenarai jenis-jenis makanan yang sesuai diambil bagi mengelakkan simptom kemurungan.

1. Tomato

Mengandungi kadar asid folik dan asid alfa lipoik yang tinggi, berkesan melawan kemurungan.

Menurut kajian, kekurangan folat dalam tubuh manusia boleh menyumbang kepada masalah kemurungan, jadi pengambilan tomato sesuai jika anda berdepan kegusaran atau masalah.

Kandungan asid folik boleh mengelakkan kandungan asid amino dan homosistom berlebihan yang boleh menyekat penghasilan serotonin, sejenis bahan kimia yang menenangkan.

2. Bawang

Tumbuhan dalam kumpulan bawang seperti bawang putih, merah, besar dan juga daun bawang yang dimakan secara konsisten mampu menjaga kesihatan mental.

Bawang kaya dengan flavonoid yang bersifat anti-keradangan dan secara tidak langsung menjaga kesihatan dan juga minda.

3. Cendawan

Kandungan kimia dalam cendawan mampu menurunkan kadar gula dalam darah seterusnya menenangkan mood seseorang. Tumbuhan tersebut bersifat probiotik dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam perut. Kesihatan perut akan mempengaruhi serotonin yang banyak ‘ menakluk’ perasaan seseorang.

4. Buah beri

Kumpulan buah beri seperti bluberi, rasberi dan strawberi kaya dengan antioksida yang mujarab dalam mengurangkan keradangan.

Menurut kajian Universiti Kebangsaan Singapura, pesakit yang dirawat selama 2 tahun dengan antioksida akan menurunkan kadar kemurungan.

Kumpulan buah beri mampu memperbaiki sel dan menguatkan ketahanan tubuh.

5. Sayuran hijau

Pengambilan sayur hijau seperti kailan dan bayam, selain mampu mengelakkan kanser ia juga mengurangkan kemurungan.

Pengambilan sayuran hijau mampu mengurangkan masalah keradangan dan membuatkan tubuh dapat berfungsi dengan baik.

6. Epal

Epal juga adalah sejenis buah-buahan yang kaya dengan antioksida dan membantu memperbaiki kerosakan sel. Pengambilan makanan yang kaya dengan serat yang baik seperti epal dapat membantu kesihatan perut dan mengurangkan tekanan jika diambil secara teratur.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.