
Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Salehuddin Ishak berkata kenderaan itu dipinjamkan kepada kementerian untuk kegunaan rasmi.
“Bagaimanapun, selepas dilekatkan lambang satu parti, saya mengarahkan supaya kenderaan tersebut diambil semula serta-merta,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menjawab soalan di media sosial mengenai gambar tular memaparkan kenderaan milik kerajaan negeri dilekatkan lambang Pakatan Harapan.
Gambar itu mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang mahu memandu uji kenderaan itu.
Pakatan Harapan sekarang ini sedang berusaha untuk merampas Parlimen Cameron Highlands dari tangan BN. Pengundi akan memilih pada 26 Januari ini.