
Angka korban dalam letupan Jumaat malam itu semakin meningkat kerana beberapa mangsa parah meninggal dunia akibat kecederaan mereka.
“Malangnya, 4 lagi telah meninggal dunia, menyaksikan peningkatan kepada 85 orang yang sebelum ini diumumkan. Hari ini, jumlah kematian ialah 89 orang,” kata Menteri Kesihatan, Jorge Alcocer dalam sidang akhbar harian kerajaan.
Seramai 65 orang masih hilang, manakala 51 lagi dimasukkan ke beberapa hospital di Mexico Tengah.
Dua remaja yang cedera dibawa ke bandar Galveston, Texas di Amerika Syarikat untuk menerima rawatan khusus bagi luka terbakar.
Sementara itu, Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador menekankan fakta tragedi itu berlaku disebabkan kegiatan mencuri minyak, satu jenayah biasa yang cuba dihapuskan kerajaannya.
“Tragedi ini sudah tentu boleh dielak, jika tiada rasuah di Mexico atau kegiatan mencuri minyak.”
Katanya, kerajaan akan mempertingkatkan pengawasan di sepanjang rangkaian saluran paip dimiliki dan dikendalikan syarikat minyak negara Petroleos Mexicanos (Pemex) bagi mengekang kegiatan haram itu,