Guru besar di China ajak pelajar menari ‘shuffle’ setiap hari

Guru besar di China ajak pelajar menari ‘shuffle’ setiap hari

Setiap hari anak muridnya di sekolah rendah Xi Guan akan menari shuffle mengikut gerak geri yang dipimpini guru besar di tapak terbuka sebelum kelas bermula.

Setiap pagi, atau setiap Isnin, semua pelajar di sekolah akan berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar ucapan yang panjag lebar dari guru besar sehingga ada yang mengantuk.

Berbeza dengan sebuah sekolah di daerah Shanxi, di China apabila guru besarnya mengajak anak muridnya menari tarian shuffle setiap hari agar mereka terlibat dalam aktiviti fizikal, bersenam.

Setiap hari anak muridnya di sekolah rendah Xi Guan akan menari shuffle mengikut gerak geri yang dipimpini guru besar di tapak terbuka sebelum kelas bermula.

https://www.youtube.com/watch?v=K3CC6Y-dIeA

Apa yang menarik ialah, beliau belajar sendiri gerak-geri shuffle semata-mata untuk memimpin anak muridnya di sekolah.

Gerak-geri tarian guru besar ini dilihat sangat kreatif di mana pergerakan yang dilakukan adalah sama rentak oleh semua orang seperti yang dilakukan guru besar tersebut.

Rakaman video tarian tersebut tular di media sosial sehingga mendapat ribuan tanda suka dan perkongsian selain memuji tindakan guru besar muda yang bersifat kreatif.

Guru besar itu dikatakan melakukan latihan tarian shuffle setiap hari untuk memupuk mereka bersenam berbanding bermain gajet.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.