Sekali pandang macam dalam filem ‘Jaws’, tetapi ini bukan filem sebaliknya penemuan sebenar seekor jerung putih bersaiz gergasi.

Di Hawaii, baru-baru ini sepasukan penyelam menemui jerung putih terbesar di dasar lautan pulau tersebut.
Jerung putih itu tiba-tiba muncul dari dalam laut lalu mengemparkan sekumpulan penyelam yang ketika itu sedang berekreasi.

Menurut laporan, ikan jerung putih itu melebihi 6 meter panjang, lebih panjang daripada sebuah kenderaan Ford Ranger yang berukuran kira-kira 5.63 meter.

Ia dipercayai salah seekor jerung putih terbesar di dunia yang ditemui manusia.
Menariknya, kumpulan penyelam itu memberanikan diri dengan mendekati ikan yang berciri ganas berkenaan untuk merakamkan videonya sedang berenang.
Video tersebut dimuatnaik dalam Instagram @oceanramsey tular di seluruh dunia menerusi platform laman sosial tersebut.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]