Jarak jauh bukan ‘laluan’ untuk curang

Jarak jauh bukan ‘laluan’ untuk curang

Jangan jadikan faktor jauh sebagai penyebab istana cinta yang dibina berkecai, jauh tak semestinya kena berpisah.

Tinggal berjauhan dengan pasangan bukan sesuatu yang luar biasa pada masa kini, malah ia sama sekali tidak sepatutnya dijadikan alasan pasangan untuk ‘beralih arah’ atau putus kasih sayang.

Logiknya tidak ada halangan untuk capai kebahagiaan termasuk walau berjauhan kerana kasih sayang sepatutnya lebih kukuh di sebalik ‘perpisahan sementara’ itu.

Lagipun, pasangan ini juga berasal daripada individu yang hidup berasingan sebelum ini.

Oleh itu, jangan jadikan faktor berjauhan sebagai penyebab istana cinta yang dibina berkecai.

FMT Ohsem mendapatkan tips untuk pasangan jarak jauh untuk terus kekal bahagia dengan mengutamakan soal kepercayaan dan kasih sayang daripada Perunding Psikologi Keluarga, Suzana Ghazali.

1. Komunikasi unggul

Langkah terbaik untuk mengatasi kekalutan ketika berjauhan ialah komunikasi unggul. Tidak perlu sebumbung untuk wujudkan komunikasi unggul tersebut sebaliknya manfaatkan kemudahan teknologi kini yang mampu menghasilkan pelbagai bentuk komunikasi canggih dan mudah.

Biar jarak jauh namun anda masih boleh buatkan si dia seperti di hadapan anda, salin bertentang mata, bercakap dengan secara bersemuka. Paling kurang anda boleh mendengar suaranya secara langsung.

2. Sedar diri

Sedar status anda sebagai suami atau isteri, bila sedar diri masing-masing anda akan berjaya mengawal diri agar tidak melakukan sesuatu yang melukakan hati pasangan. Malah sentiasa berusaha melaksanakan amanah dan tanggungjawab anda sebaai suami isteri. Apatah lagi bagi pasangan yang sudah bergelar ibu bapa, sedarlah!

3. Jangan cuba menguji kesetiaan

Jangan cuba-cuba menguji kesetiaan sendiri terhadap pasangan kerana status suami dan isteri yang anda pegang bukan sekadar tertera di kad nikah. Anda perlu ‘merancakkan’ dan menyanyangi antara satu sama lain membuktikan tali perikatan itu diwujudkan untuk kebaikan bersama.

Kadang kala ada pasangan yang bermula sekadar untuk mencuba tetapi akhirnya terjebak dengan cinta 3 segi, sebab itu jangan sesekali mencuba.

4. Luahkan rasa rindu

Cara ini akan buat pasangan juga rasa disayangi walaupun berjauhan tetapi dia tetap dekat di hati.

Sebut ‘I love you’, ‘I miss you’ seberapa kerap yan mungkin, tapi sebut dari hari yang ikhlas.

5. Bataskan hubungan

Elakkan hubungan mesra dengan rakan berlainan jantina, walaupun pada peringkat awal sekadar rakan sekerja namun tidak mustahil perasaan cinta itu muncul selepas sentiasa menghabiskan masa bersama dan meluah perasaan.

6. Buat kejutan

Tidak salah jika sesekali anda tampil membuat kejutan di tempat suami, atau anda pergi ke rumahnya untuk melawat si dia. Ia juga akan melegakan perasaan apatah lagi jika suami atau istrei anda berasa keseoranan. Lagipun, kalau merasakan si dia tidak setia, sekurang-kurangnya kejutan seperti itu melegakan diri anda bukan?

7. Membuat aktiviti bersama

Apabila ‘dia’ pulang ke rumah melawat anda atau sebaliknya, tidak salah untuk melakukan aktiviti bersama, bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan ia juga peluang untuk anda bermanja dengannya.

8. Tanam di hati niat berjauhan kerana mencari rezeki

Ingatlah, si dia bukan saja-saja berjauhan, tetapi semuanya atas desakan kerja, demi mencari rezeki dan kesenangan rumah tangga. Dalam masa sama sentiasa berdoa supaya saling mencintai antara satu sama lain.

Selamat mencuba dan sentiasa bahagia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.