Terlalu obses sihat pun boleh memudaratkan

Terlalu obses sihat pun boleh memudaratkan

Jangan terlalu peka dengan perkara sihat sehingga pengambilan atau amalan melampaunya menyebabkan penyakit pula.

Sumber gambar: flintrehab.com

Kita selalu fikir sesuatu amalan yang dilabel sihat harus dilakukan sebanyak atau sekerap mungkin.

Misalnya terlalu peka dengan kebersihan anak sehingga tidak mendedahkan mereka dengan dunia luar, melakukan senaman secara aggresif, minum air terlalu banyak dan sebagainya.

Namun, tahukah anda buat apa pun kena ada hadnya.

Ini kerana apabila dilakukan secara melampau, ia boleh membahayakan. FMT Ohsem menyenarai beberapa perbuatan yang dianggap sihat sehinggalah ia diamal secara keterlaluan dan obses.

1. Bersenam

Jika anda bersenam secara berlebihan ia akan merosakkan uraf saraf, tendon, ligamen, termasuk jantung. Wanita yang bersenam terlalu banyak juga akan mempunyai masalah haid atau masalah tulang rapuh apabila berdepan fasa osteoporosis.

Bagaimana senaman ini akan menjadi keterlaluan? Jika anda bersenam sehingga membuatkan anda terlalu letih atau mudah marah, mengalami kesukaran untuk tidur, makan, atau tidak boleh menumpukan perhatian maka anda sedang ‘overdos’. Masa untuk kurangkan senaman dan lebihkan rehat.

2. Tidur

Kajian menunjukkan mereka yang tidur lebih dari 8 jam setiap malam akan meningkatkan risiko kematian sebanyak 34%. Anda juga akan menjadi sukar untuk fokus, kenaikan berat badan dan kandungan gula dalam darah juga meningkat.

3. Antibiotik

Antibiotik boleh membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan. Namun pengambilan secara kerap atau berlebihan akan membahayakan kita. Bakteria boleh berubah jika berhubung dengan antibiotik secara terlalu kerap. Ini akan menjadikan seseorang kebal terhadap ubat-ubatan. Jadi ambil antibiotik apabila benar-benar memerlukannya sahaja.

4. Seks

Jika anda ketagih untuk melakukan hubungan seks secara kerap, ia akan menjejaskan kehidupan seharian dan menyebabkan hubungan anda berunsur negatif.

Dalam sesetengah kes ketagihan seks juga disebabkan oleh masalah perubatan. Semak dengan doktor anda untuk mengetahui sama ada masalah tersebut disebabkan ubat yang diambil. Kumpulan sokongan dan kaunseling juga dapat membantu anda kembali kepada kehidupan normal.

5. Basuh tangan

Anda percaya kerap membasuh tangan penting untuk menjaga kebersihan dan menhalang pertumbuhan bakteria. Namun, terlalu menjaga kebersihan dan basuh tangan juga boleh merosakkan kulit anda dan kuman akan merebak secara lebih aggresif dan banyak.

6. Makanan sihat

Anda hanya makan makanan sihat? Tetapi berapa banyak jumlah makanan sihat yang anda ambil? Makan makanan sihat yang berlebihan juga boleh menyebabkan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes tahap 2, masalah urat dan sakit tulang, masalah tidur dan juga kemurungan.

Jika anda mengambil makanan tinggi kalori dari yang dibakar misalnya, ia juga boleh menambahkan berat badan dan menyebabkan diserang penyakit seperti sakit jantung dan strok.

7. Air

Kita semua selalu disaran minum banyak air. Tetapi, jika anda minum air dengan terlalu banyak, buah pinggang mungkin menghadapi kesukaran menyingkirkan cecair tambahan. Ia akan menurunkan natrium dalam darah ke tahap tidak sihat yang dipanggil hyponatremia. Ia mengakibatkan rasa loya, kelemahan dan keletihan, sakit kepala, sawan, koma dan kematian. Keadaan ini lebih berisiko dalam kalangan atlet dan mereka yang terlibat dalam larian marathon.

8. Vitamin

Terlalu banyak vitamin besi boleh menyebabkan anda loya dan muntah. Jika anda mengambil vitamin C terlalu banyak pula akan membuatkan masalah seperti mual, cirit birit dan sakit perut. Terlalu banyak vitamin A menyebabkan masalah penglihatan. Manakala vitamin D yang berlebihan membuatkan otot lemah dan masalah jantung. Vitamin K dan E boleh menyebabkan masalah pendarahan. Jadi makan apa pun pastikan dos yang disarankan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.