Jika anda inginkan hidangan yang lebih menarik dan berbeza, hidangan ayam keluak ini pasti membuatkan ramai terpegun. Ayam keluak ialah sejenis kari Baba Nyonya yang dimasak bersama buah keluak. Buah keluak atau buah kepayang ialah buah yang tumbuh pada pokok kepayang.

Bahan-Bahan
50g biji buah keluak
2kg paha ayam.
50g lengkuas segar
4 batang serai
250g buah keras
250g bawang merah, dibuang kulit
60g halia, dibuang kulit
80g bawang putih, dibuang kulit
1 paket asam jawa
Separuh biji lemon
2 sudu teh gula perang
4 cawan stok ayam
3 sudu teh garam
Cara-Cara
Sediakan Biji Buah Keluak
Cuci buah keluak dengan air.
Buang air dan rendam biji.
Untuk hasil yang terbaik, ulang langkah 1-2 selama 3 hari.
Tanggalkan kulit buah keluak dan ketepikan untuk digunakan kemudian..
Keluarkan isi buah keluak.
Perap isi buah keluak dengan jus daripada separuh lemon dan gula perang selama beberapa minit.
Tumbuk isi buah keluak sehingga menjadi pes halus.
Masukkan pes tersebut ke dalam kulit buah keluak.
Sediakan Rempah
Kisar halia, bawang merah dan bawang putih berasingan.
Kupas kulit lengkuas dan potong pada bahagian lebih kecil. Kemudian, kisar lengkuas tersebut.
Keluarkan lapisan luar yang keras serai dan tinggalkan lapisan tengah yang lembut dan potong kira-kira 1 inci panjang lalu kisar.
Rendam buah keras dalam air kira-kira 10 minit. Buang air dan kisar buah keras hingga menjadi pes.
Menyediakan Ayam Buah Keluak
Panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi.
Masukkan lengkuas dan serai. Terus menggoreng.
Masukkan bawang merah dan goreng hingga wangi. Kemudian, masukkan pes buah keras.
Goreng selama beberapa minit lagi dan masukkan ketulan ayam dan pastikan rempah digaul sebati di atas ayam.
Masukkan separuh jus asam jawa di atas ayam diikuti dengan buah keluak.
Masukkan baki asam jawa dan biar mendidih.
Hidang dengan nasi.
Senangkan? Cuba dan kongsi dengan kami pengalaman anda!
Resepi ini pernah dikeluarkan di www.butterkicap.com
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]