Tahukah anda kutu rambut hidup di kepala manusia dengan menghisap darah pada kulit kepala. Ia akan bertelur pada pangkal rambut dan dalam 7 hingga 10 hari telur akan menetas manakala kulit telurnya kekal melekat pada rambut.
Kutu rambut mudah menjangkiti kanak-kanak di pelbagai tempat misalnya, pusat asuhan, tadika ataupun sekolah.
Manakala orang dewasa yang tinggal bersama juga berisiko tinggi untuk dijangkiti.
Menurut WebMD, ramai orang beranggapan kanak-kanak yang dijangkiti kutu adalah dari golongan miskin sederhana atau mereka yang pengotor. Sebenarnya itu hanyalah mitos kerana kutu rambut akan menjangkiti semua kanak-kanak tanpa kira kelas dan faktor persekitaran.
Kutu boleh bertahan di dalam air selama 6 jam, jadi kanak-kanak yang menggunakan sumber air yang sama seperti kolam renan atau tab mandi juga boleh dijangkiti dengan mudah.
Bagaimana ibu bapa kesan kutu pada rambut?
- Kutu dan telurnya sangatlah kecil, ia susah untuk dilihat oleh mata kasar. Kutu rambut boleh berwarna putih, coklat, atau kelabu gelap. Kutu rambut sering kali ditemui di bahagian belakang leher ataupun tepi telinga.
- Manakala telur kutu berbentuk bujur, ia akan melekat pada rambut dan kulit kepala seseorang. Penyelidik mencadangkan untuk menyikat rambut basah dengan sikat kutu sebagai cara ideal untuk menghilangkan kutu rambut.
- Jika anda mendapati anak terkena jangkitan kutu rambut, bertindak secepat mungkin dengan memberitahu pusat asuhan atau sekolah agar pelajar lain juga diawasi.
- Sebaiknya, rawatlah semua anak yang terkena jangkitan serentak.
- Simptom lain dijangkiti kutu ialah masalah kegatalan di bahagian rambut selama seminggu atau sebulan.
Bagaimana cara nak hilangkan kutu rambut?
- Anda boleh mendapatkan ubat berupa syampu atau minyak untuk membunuh kutu di farmasi.
- Jika perlu bertemulah dengan doktor untuk mengetahui ubat apa yang sesuai untuk digunakan kepada anak anda. Prosedur yang diberikan harus diikut agar ia tidak memudaratkan anak anda.
- Rawatan kedua perlu dibuat 9 hingga 10 hari kemudian.
- Ada juga orang menggunakan mayonis, cuka putih atau tea tree oil untuk menghilangkan kutu rambut. Mayonis dikatakan dapat menghilangkan kutu.
- Cuka boleh menghilangkan telur kutu yang melekat pada rambut dengan mudah kerana syampu kutu dan sikat kutu tidak dapat menarik telur kutu.
- Baaimanapun belum ada bukti yang lebih sainstifik, pakar menyarankan agar anda tidak bergantung dengan rawatan ini 100%.
- Sikat kutu adalah satu lagi cara yang boleh menghilangkan kutu di bahagian rambut. Sikat ini mampu mengeluarkan kutu dan telur.
Anda sebagai ibu bapa perlu mempuyai kesabaran yang tinggi bagi menggunakan rawatan ini untuk membuang kutu rambut. Ia lebih berkesan apabila anda menyikat rambut selepas merawat rambut anda menggunakan syampu kutu.
- Jika anda mempunyai bayi, mereka tidak boleh dirawat sama seperti kanak-kanak untuk menghilangkan kutu. Cara yang terbaik adalah mencari sendiri kutu dan telur semasa mereka tidur.
Rawatan ini mujarab kerana kutu tidak akan merebak kepada anak-anak yang lain dengan mudah.
- Kutu rambut tidak boleh hidup lama jika bukan berada di kepala manusia. Anda harus mencuci tempat tidur di dalam rumah agar kutu tidak merebak.
- Pakaian yang dipakai sebelum ini juga perlu dibasuh dengan menggunakan air panas.
- Jika anak anda mempunyai mainan kesayangan yang dibawa tidur letakkan ia di dalam mesin pengering panas selama 30 minit untuk membunuh kutu rambut yang merayap.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]
