Majlis Raja-raja pilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini

Majlis Raja-raja pilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini

Pemilihan akan dibuat melalui pengundian oleh 9 Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada 10.30 pagi ini.

Sistem penggiliran dalam kalangan 9 Raja-raja Melayu kini memasuki pusingan kedua yang menyaksikan Raja-raja dari 6 negeri telah ditabalkan sebagai YDP Agong.
KUALA LUMPUR:
Majlis Raja-Raja mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh 5 tahun.

Pemilihan akan dibuat melalui pengundian oleh 9 Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada 10.30 pagi ini.

Kekosongan jawatan Ketua Utama Negara itu berikutan peletakan jawatan Sultan Muhammad V menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan pada 6 Januari lepas, sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah institusi beraja di negara ini.

Susunan penggiliran pertama pelantikan Yang di-Pertuan Agong dilakukan di atas persetujuan Raja negeri-negeri mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.

Sistem penggiliran dalam kalangan 9 Raja-raja Melayu kini memasuki pusingan kedua yang menyaksikan Raja-raja dari 6 negeri telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Tinggal 3 lagi Raja-raja Melayu dari Pahang, Johor dan Perak untuk melengkapkan pusingan kedua sistem penggiliran itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.