
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dr Sim Kui Hian berkata kerajaan negeri juga menetapkan 6 buan pertama sebagai tempoh mendidik orang ramai.
“Kompaun tidak akan dikenakan dalam tempoh itu,” katanya dalam kenyataan hari ini, dan menambah larangan itu bertujuan melindungi orang ramai daripada bahaya merokok.
Sim berkata operator berlesen boleh memperuntukkan kawasan merokok tiak kurang dari 3m dari meja terdekat, selepas diluluskan pihak berkuasa.
“Pemegang lesen bertanggungjawab memastikan kawasan merokok dalam keadaan bersih setiap masa,” katanya.
Awal bulan ini, kerajaan persekutuan melarang merokok di semua kedai makan di Semenanjung.
Apabila tempoh mendidik orang ramai itu, yang sekarang ini dilaksanakan di seluruh negara, tamat, pelaku boleh didenda RM10,000 atau penjara maksimum 2 tahun.
Pemilik restoran yang gagal memastikan pelaksanaan arahan kerajaaan itu, termasuk meletakkan tanda larangan merokok, boleh didenda RM3,000 atau penjara maksimum 6 bulan.
Sementara itu, Sabah akan melaksanakan larangan merokok pada 1 Februari tahun ini.