
Cucu sulung kepada Maharaja Jepun, Akihito dan Maharani Michiko, Puteri Mako dan jejaka pilihannya, Kei Komuro sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada November tahun lalu, namun majlis tersebut terpaksa ditangguhkan.
Ini kerana bakal suami Puteri Mako mahu melangsaikan hutang perbelanjaan pengajiannya terlebih dahulu sebelum melangsungkan perkahwinan.
Menurut South China Morning Post, hutang tersebut dituntut oleh bekas tunang ibu Komuro yang mendakwa menanggung perbelanjaan sebanyak RM 4 juta yen (RM1.5 juta) sepanjang mereka bersama.
Bagaimanapun selepas ibunya dan lelaki berkenaan berpisah pada tahun 2012, lelaki berkenaan datang menuntut supaya ibunya menggantikan wang yang ditanggung selama ini termasuk kos pengajian yang ‘dilaburkan’ kepada Komuro.
Pasangan tersebut kemudian merancang untuk melangsung perkahwinan selewat-lewatnya pada 2020.
Puteri Mako yang merupakan cucu sulung Raja Akihito pernah menjadi tajuk utama selepas sanggup melepaskan gelaran diraja kerana mahu berkahwin dengan rakyat kebiasaan.
Pasangan itu dijadualkan melangsungkan pertunangan di mahkamah tradisional Jepun pada awal tahun lalu sebelum berkahwin hujung tahun namun terpaksa ditangguh berikutan beberapa masalah termasuk kekangan kewangan.