Pisang goreng ranum untuk minum petang

Pisang goreng ranum untuk minum petang

Celup pisang hingga disalut sepenuhnya dengan adunan dan goncang supaya tiada adunan lebihan pada pisang yang ingin digoreng.

Pisang goreng yang sedap mempunyai rasa lemak manis meskipun pisang yang digunakan tidak boleh begitu ranum. Pisang yang ranum akan membuatkan pisang goreng anda lembik.

Oleh itu, pisang terbaik untuk digunakan ialah pisang Awak, Abu ataupun Tanduk.

Masalah kebanyakan pisang goreng yang dijual secara komersial ialah lapisan adunan tepung yang terlalu tebal. Adunan yang tebal boleh membuatkan anda hilang selera.

Anda nak makan pisang goreng, bukan tepung goreng, betul tak?

Cara paling mudah untuk pastikan anda mencapai keseimbangan dalam jumlah adunan yang disalut pada pisang adalah dengan menggunakan teknik ‘celup dan goncang’. Anda hanya perlu celup pisang hingga pisang disalut sepenuhnya dengan adunan dan goncang supaya tiada adunan lebihan pada pisang yang ingin digoreng. Mudah saja!

Perkara ketiga yang penting dalam penyediaan pisang goreng yang betul-betul sedap ialah minyak menggoreng mestilah panas. Panas di sini bukanlah hingga tahap berasap kuali tetapi cukup untuk pastikan adunan tepung di luar menjadi rangup dan pisang di dalam lembut dan empuk.

Untuk pastikan kuali mencapai kepanasan yang ideal untuk menggoreng, pastikan api sederhana besar dan tunggu hingga buih-buih kecil timbul di permukaan minyak. Barulah masukkan pisang disalut adunan tepung.

Pisang Goreng Gerenti Gebu Gebas Menanti Anda

Anda sudahpun tahu ciri-ciri pisang goreng yang enak dan juga tip untuk sediakan pisang goreng yang rangup di luar serta lembut di dalam.

Kini, anda hanya perlukan resepi sahaja. Cubalah resepi pisang goreng ala Aunty Zah di bawah dan lihatlah betapa mudahnya nak sediakan pisang goreng paling masyuk anda cuba setiap kali anda mengidam nak makan pisang goreng!

Bahan-Bahan

1 sikat pisang
1 cawan tepung beras
¼ cawan tepung gandum
1 sudu teh air kapur
½ – ¾ cawan air
Garam secukup rasa
1 ½ cawan air

Cara-Cara

Kupas pisang. Jika anda menggunakan pisang bersaiz kecil, potong secara panjang. Jika anda menggunakan pisang bersaiz besar, potong menjadi ketulan kecil. Ketepikan.
Sediakan adunan dengan campur semua jenis tepung, air kapur, air dan garam. Gaul hingga sebati.
Panaskan kuali sederhana besar. Masukkan minyak..
Celup pisang ke dalam adunan. Pastikan adunan disalut rata kemudian masukkan ke dalam kuali.
Goreng hingga berwarna perang keemasan.

Selamat mencuba dan makan!

Artikel ini pernah diterbitkan di www.butterkicap.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.