
Ampang merupakan salah satu bandar paling sibuk di Kuala Lumpur, dengan jalan raya yang bersimpang siur sentiasa menjadikan ia sesak dan dipenuhi kenderaan.
Namun di sebalik ‘kesibukan dan kesesakan’ itu, terdapat beberapa keistimewaan menjadikan Ampang hebat, terutama bagi mereka yang ‘suka’ menggeladah makanan yang sedap-sedap.
Kalau berpeluang singgah kawasan Ampang, ini antara tempat makan yang wajib dikunjungi untuk memuaskan nafsu makan anda.
1. Burger Bakar Abang Burn
Jika anda peminat burger, inilah dia tempatnya! Singgah sahaja ke Burger Bakar Abang Burn yang lenkap dengan lelehan keju. Ia pasti akan membuatkan anda puas hati lebih-lebih lagi dengan tawaran harga bermula pada RM7.90.
Kalau tak cukup sekadar burger, jangan risau kerana pelbagai hidangan lain yan enak-enak belaka turut dijual di medan selera di kawasan yang menempatkan lebih 10 gerai makanan ini.
Cuba nikmati cendawan goreng rangup sebagai makanan ringan selepas menjamu hidangan berat.
Bertepatan dengan konsep makan di tempat terbuka, medan selera ini juga membuatkan pengunjung memilih apa sahaja makanan.
Lokasi: Cheese Burger Bakar Abang Burn
Jalan Ampang Putra, Taman Nirwana, Kuala Lumpur.
2. Nasi Kak Wok Cikgu Sue
Bagi mereka yang meminati Nasi Kak Wok, anda tidak perlu pergi jauh kerana di Ampang juga terdapat kedai yang menjual nasi panas bersama ketulan kecil ayam goreng garing bersama gulai kari yang sedap.
Selain hidangan nasi yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dijual juga pelbagai jenis kuih-muih antaranya, akok, pulut pagi, kuih cara, nasi himpit dan satay.
Lokasi: Jalan Kolam Air lama,
Taman dato Ahmad Razali, Ampang
3. Restoran Q Thai Village Steamboat

Untuk peminat steamboat dan grill, cubalah cabar citarasa anda di Restoran Q Thai Village Steamboat. Hidangkan makanan laut yang segar menjadi salah satu faktor pengguna terus melangkah ke restoran untuk kali ke-2 dan seterusnya.
Sup tomyam merupakan hidangan istimewa yang anda wajib cuba di restoran ini.
Kalau tak cukup kenyang dengan steamboat, cubalah nasi gorengnya!
Lokasi: 22, Jalan Dagang B/3A Taman Dagang, Ampang.
4. Donut Panas Ampang

Kalau donut yang dijual gebu, sedap dan menyelerakan, pasti anda tidak kisah beratur panjang untuk membeli bukan? Kalau macam itu, anda mesti kunjungi Donut Panas Ampang.
Kedai ini menyediakan donut gebu yang bersaiz gergasi dan pelbagai perasa tambahan dijual pada harga hanya RM1.50 sebiji.
Setiap hari ada sahaja pelanggan yang datang mengerumuni kedai ini sehingga menyebabkan ramai yang beratur panjang.
Lokasi: Berhadapan Klinik Maamur,
Kampung tasik tambahan, Ampang Jaya
https://www.facebook.com/DonutPanasHQ/videos/251884988714913/UzpfSTM5Mjg1ODM2NDQ2MTM1ODo0Mzk3MzY5NTMxMDY4MzI/
5. Wak Popia Sri Watan

Sebut saja popia basah mesti ramai yang terliur membayangkan keenakannya. Walaupun ringkas hanya berintikan sengkuang dan timun ternyata makanan ini tidak pernah mengecewakan.
Bagi penggemar popia basah, popia Wak Popia Sri Watan mungkin antara pilihan yang terbaik selain bersaiz besar, jika lambat anda bukan sahaja kena sabar beratur panjang, tetapi mungkin pulang tangan kosong.
Lokasi: Jalan 2 Taman Putra, Ampang
Gambar: Facebook
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]
