Telan gas helium berbunyi kelakar tetapi boleh membawa maut

Telan gas helium berbunyi kelakar tetapi boleh membawa maut

Gas helium adalah gas paling ringan dan bersifat yang tidak berbau, tidak mempunyai rasa, bukan toksik dan tidak mudah terbakar.

Siapa pernah melihat rancangan berkonsepkan ‘game show’ atau wawancara santai di mana peserta diajak menelan gas helium dan bercakap atau menyanyi. Bunyinya sangat lucu dan kelakar, apatah lagi jika peserta itu merupakan artis atau orang ternama.

Seolah menyindir tetapi apabila semua orang menerimanya secara ‘sporting’ maka ia berbunyi jenaka.

Namun, amalan menelan helium tidak semestinya kelakar, kerana walaupun menyelamatkan nyawa dalam kegunaan dunia perubatan tetapi ia juga membahayakan sehingga membawa maut.

Menurut laman Alodokter, gas helium digunakan untuk membantu pernafasan pesakit asma akut, bronkitis, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD), displasia paru-paru (perkembangan sel atau tisu abnormal tetapi bukan kanser) dan halangan saluran nafas atas.

Bagaimanapun ia tidak membabitkan penggunaan helium tulen tetapi digabungkan dengan oksigen dalam komposisi tertentu. Campuran itu dikenali helioks.

Helioks digunakan untuk membantu pesakit bernafas lebih mudah. Kandungan gas helium berfungsi untuk mengurangkan ketegangan otot saluran pernafasan.

Gas helium adalah gas paling ringan dan bersifat yang tidak berbau, tidak mempunyai rasa, bukan toksik dan tidak mudah terbakar. Di atmosfera, gas ini menduduki jumlah paling banyak gas selepas hidrogen.

Namun, ia tidak bermakna, helium tidak membahayakan.

Tindakan menelan helium menerusi kerongkong boleh menyebabkan rasa sakit dan otot tegang, perubahan pada saluran vokal yang membuatkan bunyi tinggi dan kecil.

Tetapi, menyedut helium dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan boleh menyebabkan gejala keracunan seperti masalah penglihatan, pening, kelemahan, sesak nafas, sawan, dan hilang kesedaran.

Memetik Halo Sehat, gas helium yang dihirup menyebabkan gelembung gas masuk dan mengganggu paru-paru, jangkitan, dan juga keracunan.

Dalam kondisi itu, saraf paru-paru akan mengalami kerosakan teruk.

Kesan yang paling berbahaya, ialah helium menyebabkan aliran oksigen ke otak tersekat dan otak tidak mempunyai bekalan oksigen. Jadi apabila dibiarkan, keadaan ini boleh mengakibatkan kematian.

Lain kali kalu nak main sedut-sedut helium, berhati-hatilah!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.