5,000 ahli Umno Sabah sertai Warisan

5,000 ahli Umno Sabah sertai Warisan

Setiausaha Agung Warisan, Loretto Padua Jr berkata, mereka datang daripada 10 cawangan Umno di Sandakan dan 66 cawangan di Kinabatangan.

Ketua Umno Cawangan Mengkawas, Zamri Othman (2 dari kanan) menyerahkan borang keahlian kepada Loretto Padua Jr (3 dari kiri) di pejabat Warisan Bahagian Kinabatangan hari ini. (Gambar Bernama)
SANDAKAN:
Kira-kira 5,000 ahli Umno dari Sandakan dan Kinabatangan menyertai Warisan hari ini.

Menurut Setiausaha Agung Warisan, Loretto Padua Jr, mereka datang daripada 10 cawangan Umno di Sandakan dan 66 cawangan di Kinabatangan.

Bekas ketua Wanita Umno Bahagian Sandakan, Noraini Sulong mengetuai 1,000 ahlinya menyertai Warisan.

“Warisan menyambut baik kemasukan anggota-anggota baru. Kita menjangka ada lagi yang akan menganggotai Warisan.

“Saya memohon semua pihak (ahli Warisan) sama ada lama atau baru, terus bekerjasama untuk kerajaan Sabah dan bantu perkukuhkan parti Warisan,” kata Loretto selepas majlis penerimaan ahli baru itu di sini.

Noraini berkata, keputusan mereka menyertai Warisan disebabkan mahu menyumbang kepada kemajuan Sabah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.