Perubahan kitaran haid mengikut fasa usia

Perubahan kitaran haid mengikut fasa usia

Pada usia 20-an hingga 30-an kitaran haid anda lebih teratur dan boleh dijangka tetapi ia akan berubah apabila usia semakin meningkat.

Haid yang tidak teratur boleh menyebabkan pelbagai masalah. Kadar haid yang tidak menentu, adakalanya lebih cepat, lebih lambat, setiap bulan, 2 bulan sekali, atau susah untuk diagak.

Lazimnya, semakin meningkat usia seseorang kitaran haid juga berubah disebabkan faktor hormon, kehamilan dan faktor pra-menopause.

Kitaran haid awal 20an

Pada usia remaja, wanita cenderung mengalami haid dalam tempoh yang tidak menentu. Kitaran haid lebih cepat atau lebih lambat, biasanya disertai dengan beberapa gejala, dikenali Premenstrual Syndrome (PMS).

Gejala PMS ialah seperti senggugut akibat kontraksi otot rahim, sakit pada payudara dan lenguh kaki dan juga bahagian belakang pinggang.

Kitaran haid pada 30-an

Pada usia 20-an hinggan 30-an kitaran haid lebih teratur dan dijangka. Jarak antara hari pertama haid bulan ini dengan hari pertama haid bulan depan biasanya berjarak 28 hari, dan haid akan berlaku selama 2 hingga 7 hari.

Apabila anda sudah berkahwin dan mempunyai anak namum tidak menyusu badan, maka kitaran haid akan terjadi selepas 6 minggu bayi dilahirkan. Sengugut juga berkurangan setelah anda sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Ini kerana pembukaan serviks menjadi lebih besar sehingga arus keluar darah tidak memerlukan kontraksi rahim yang begitu kuat.

Kitaran haid pada usia 40-an hingga 50an

Rata-rata orang akan menopause pada usia 50-an. Namun, menopause akan terjadi lebih awal kepada beberapa wanita. Biasanya, 10 tahun sebelum menopause, mereka sering mengalami perubahan pada kitaran haid.

Sesudah menopause, aliran darah haid akan berubah menjadi sedikit, lebih banyak atau lebih lama dari kebiasaan. Anda juga akan mengalami gejala menopause seperti hot flashes atau berpeluh pada waktu malam.

Walaupun pada usia ini, proses ovulasi tidak menentu, anda tetap perlu menggunakan pencegah kehamilan jika tidak bercadang menambah zuriat. Jika anda mengalami pendarahan yang banyak disertai masalah kulit kering, rambut gugur dan metabolisme lambat, segera berjumpa doktor kerana dikhuatiri ia tanda-tanda masalah tiroid.

Ingat ya wahai wanita di luar sana, penting untuk anda ketahui sama ada kitaran haid adalah gejala atau penyakit akibat gangguan haid.

Ada di antara gejala-gejala ini membahayakan dan mengancam kesihatan seperti kanser rahim, kanser ovari atau pangkal rahim.

Sebahagian besarnya disebabkan oleh gangguan hormon dan pelbagai ketumbuhan bukan kanser seperti fibroid, endometriosis dan ovarian cysts.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.