Seorang wanita tidak pernah menyerah kalah walaupun sudah 4 kali diserang kanser bermula sejak usia 15 tahun hinggalah kini, 28 tahun.

Kisah wanita ini adalah menjadi inspirasi buat semua orang di luar sana yang lemah semangat berdepan sesuatu masalah khususnya penyakit kronik.
Lauren Marler dari Texas, Amerika Syarikat mula merasai tanda-tanda menghidap kanser seawal usia 15 tahun.
Pada tahun 2005, Marler mendapati najisnya berdarah dan berasa amat malu untuk berkongsi perkara itu dengan sesiapa akan masalah tersebut.
Selama 2 tahun mendiamkan diri sehinggalah gejala itu bertambah teruk barulah dia sedar ia sejenis penyakit.
“Saya tahu gejala yang dihidapi adalah berkaitan kanser usus. Saya sangat terkejut dan tidak mampu untuk bersemuka dengan ibu lalu menulis surat kepadanya memberitahu saya menghidap kanser.”
Pada awalnya, ibu Marler hanya menganggap anaknya memikirkan yang bukan-bukan dan ia hanyalah penyakit biasa. Malah, doktor yang mendiagnosnya juga memberitahu dia hanya mengalami sembelit.
“Simptom yang dihidapi masih berterusan selepas saya mengamalkan diet serat, selepas itu barulah doktor melakukan endoskopi dan kolonoskopi,” katanya kepada Reader Digest.
Ketika umur Marler 17 tahun, dia disahkan mengidap kanser usus. Doktor yang melakukan ujian ke atas dirinya mendapati kanser yang dihidapi sudah berada di tahap yang sangat teruk.
Marler segera dihantar ke Pusat Kanser MD Anderson University Texas untuk dirawat oleh Dr. Miguel Rodriguez-Bigas. Beliau mengeluarkan keseluruhan kolon Marler dan sebahagian besar rektum agar boleh mengekalkan fungsi pencernaan secara normal serta mengelakkan menggunakan bag ileostomi bagi meneruskan kehidupannya dengan normal.
Namun, selepas 9 bulan, kanser menyerang semula.
“Saya rasa ibu hanya bergurau ketika memberitahu kanser kembali menyerang sewaktu saya membersihkan bilik.
“Saya mahu menjadi seperti remaja lain. Satu lagi pembedahan dilakukan. Saya perlu melalui 3 bulan kimeoterapi dan radiasi. Saya percaya pertempuran dengan penyakit kanser sudah berakhir ketika itu.
Walaupun seseorang itu telah disahkan bebas dari penyakit kanser, pemeriksaan rutin perlu dilakukan setiap 5 tahun. Malangnya, pada usia 23 tahun sekali Marler disahkan menghidap kanser.
“Saya mendapat panggilan dari doktor memberitahu hasil imbasan menunjukkan ketumbuhan pada rahim. Biopsi polip mendedahkan ia adalah kanser endometrium yang agresif.
Kami kembali ke MD Anderson untuk bertemu dengan Pedro T. Ramirez, MD yang mencadangkan histeretomi penuh.
Marler bernasib baik kerana ketika itu kansernya hanya dikesan pada polip dan tidak memerlukan beliau untuk melakukan kimoterapi.
Seorang doktor mengesyorkan agar Marler menjalankan ujian genetik.
Ujian tersebut mendedahkan Marler mempunyai penyakit jarang ditemui yang dikenali sebagai ‘Constitutional Mismatch Repair Deficiency’ (CMMRD).
Dr Rodriguez-Bigas menjelaskan gangguan itu menyebabkan seseorang menghidap pelbagai jenis kanser berbeza kerana tubuh badan mereka tidak dapat membaiki mutasi sel yang menyebabkan kanser.
Kedua ibu bapanya pula mempunyai sindrom Lynch, mutase dan gen yang dipanggil PMS2 yang akan menyebabkan Marler mudah terdedah kepada kanser kolon, endometrium, dan kanser lain.
Dua genetik yang diwarisi Marler mendedahkannya kepada pelbagai jenis kanser. Tiada lagi rawatan untuk penyakit ini dan dia hanya perlu melakukan pencegahan dengan melakukan imbasan bagi melihat sel kanser.
Sekurang-kurangnya, Marler menemui jawapan untuk kesedihan dan penderitaan yang diharungi sejak sedekad yang lalu.
Marler berasa lega tetapi ia sangat menyayat hati. “Sekurang-kurangnya saya mempunyai jawapan.
“Penyakit yang jarang ditemui itu turut dijangkiti kurang daripada 100 orang di Amerika Syarikat, saya salah seorang insan terpilih.”
Suatu hari selepas 3 tahun, Marler selsema dan batuk tanpa henti. Dia merasakan itu hanya demam biasa.
“Saya mengalami muntah-muntah dan demam bersuhu tinggi.
Ibunya merasakan ada sesuatu yang tidak kena lalu mendapatkan rawatan di hospital.
Marler terus melakukan imbasan dan mendapati terdapat ketumbuhan di nod limfa dan ditahan di MD Anderson bagi mendapatkan rawatan susulan.
Dia menjalani 6 sesi kimeoterapi dan satu melalui saraf tunjang selain mendapatkan rawatan di hospital setiap minggu selama 6 hari.
“Pada waktu itu saya sangat lemah, dan susah untuk bangun duduk di atas sofa. Rambut saya botak dan badan terlalu sakit.
Sekarang, pada usia 28 tahun Marler masih meneruskan hidup kerana kekuatannya melawan kanser.
Marler menyifatkan senyuman ahli keluarga adalah satu sumber kekuatan untuknya bertahan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]