Mustapa Mohamed pengerusikan Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet

Mustapa Mohamed pengerusikan Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet

Jawatankuasa meminta Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi membentangkan situasi terkini kewangan dan ekonomi negara.

(Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bekas menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet hari ini, yang ditubuhkan Parlimen untuk memantau kementerian berkaitan.

Perbincangan hari ini mengenai skop jawatankuasa serta rancangan kerja bagi 2019. Perkara itu diumumkan oleh pasukan komunikasinya di Twitter hari ini.

“Kami bersetuju jawatankuasa ini akan bermesyuarat secara bulanan. Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan membentangkan situasi terkini kewangan dan ekonomi negara di mesyuarat akan datang,” kata Mustapa di Twitter.

Jawatankuasa ini salah satu daripada 6 yang ditubuhkan Parlimen dengan kuasa untuk mengadakan pendengaran bagi mengkaji rang undang-undang, memanggil menteri dan pegawai kanan untuk diambil keterangan, dan memanggil pakar-pakar untuk mendapatkan pandangan.

Mustapa pernah menjawat timbalan menteri kewangan (1993-1995), menteri pembangunan usahawan (1995-1999), menteri kewangan II (1998-1999), menteri di Jabatan Perdana Menteri (2004-2006), menteri pendidikan tinggi (2006-2008), menteri pertanian dan industri asas tani (2008-2009) dan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (2009-2018).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.