
Walaupun sibuk sebagai anak seni, namun tidak menghalang pengacara kesayangan ramai, Neelofa untuk turun padang dan menyertai program kesukarelawan bagi membantu masyarakat yang kurang berkemampuan.
Menerusi laman Instagram miliknya, Neelofa bersama 70 sukarelawan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kakitangan Chatime menyertai program amal tersebut yang diadakan di Kuala Selangor, baru-baru ini.
Menerusi aktiviti murni itu, pelakon kelahiran Kelantan dilihat bertanya khabar penduduk yang dilawati sambil beramah mesra selepas mengagihkan barangan keperluan dan sumbangan peribadinya.
Lebih menarik, salah seorang peminat warga emas wanita yang terlalu teruja apabila pelakon kesayangan berada di depan mata meminta untuk memeluk kerana terlalu teruja dapat bertemu sendiri.
Mungkin sebelum ini hanya melihat di kaca televisyen tapi pengacara Meletop itu berada di depan matanya, pastinya perasaan teruja sukar disembunyikan.

Menggunakan hashtag #csrneelofaxchatime, warga net memuji kesungguhan Juara Dewi Remaja 2010 itu dalam meringankan beban mereka yang memerlukan selain berpeluang berjumpa peminat.
FMT Ohsem berharap kesungguhan dan keprihatinan yang dilakukan pelakon cantik manis itu jadikan permulaan kepada selebriti lain untuk lebih kerap turun padang memberikan bantuan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]