Dr. Harlina kongsi 6 panduan jika anak terhantuk kepala

Dr. Harlina kongsi 6 panduan jika anak terhantuk kepala

Periksa tahap kesedaran, jika anak menangis ia satu petanda yang baik kerana mereka sedar.

Rasa takut dan panik pasti menyelubungi ibu bapa apabila melihat anak kecil terjatuh dari tempat tinggi. Lebih teruk apabila mereka terhantuk di bahagian sensitif misalnya di kepala. Walaupun kecederaan sepanjang mereka membesar adalah perkara biasa dalam fasa meneroka perkembangan diri tetapi awasi juga keadaan mereka.

Baru-baru isteri kepada angkasawan Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Dr. Harlina berkongsi beberapa panduan berguna kepada ibu bapa apabila berdepan situasi anak terjatuh.

Ini selepas beliau sendiri sebagai ibu kepada 4 cahaya mata yang baru-baru ini menghadapi insiden anak keempatnya, Noah terjatuh dari kaunter dapur.

Sebagai seorang doktor dan ibu, Dr Harlina akui menggunakan beberapa penilaian untuk pemeriksaan terutama sekali apabila anak jatuh menghentakkan bahagian kepala.

Beliau turut berkongsi perkara tersebut bersama pengikut laman Instagramnya sebagai panduan berguna kepada ibu bapa yang berdepan masalah sama:

  1. Periksa tahap kesedaran mereka. Adakah mereka menangis atau pun tidak? Jika menangis itu sesuatu yang bagus kerana bayi anda sedar.
  2. Periksa sistem pernafasan mereka. Adakah mereka bernafas dengan betul atau sesak?
  3. Lihat kepala mereka untuk kesan benjol. Jika terdapat benjol pada bahagian kepala letakkan air batu untuk mengecutkan benjol dari terus membesar.
  4. Pada waktu yang sama periksa anak anda untuk melihat jika mereka muntah ataupun tidak? Kerana muntah adalah petanda yang tidak baik untuk bayi yang jatuh bahagian kepala dahulu.
  5. Pastikan kaki dan tangan mereka boleh bergerak seperti biasa. Jika anak menagis tidak henti dan nampak sakit, bawalah segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.