Jurugambar hidupan liar rakam foto unik, tupai albino

Jurugambar hidupan liar rakam foto unik, tupai albino

Pencinta hidupan liar, Gary Fox terserempak dengan tupai albino ketika sedang berjalan sekitar Water of Leith di Edinburgh.

Kita mungkin biasa mendengar mengenai penyakit Albino dalam kalangan manusia dan bagaimana ia mempengaruhi penampilan mereka.

Ini kerana albino adalah sejenis kondisi produksi melanin menyebabkan penderitanya kekurangan melanin atau langsung tidak memiliki pigmen sehingga rambut, kulit dan mata penderita terlihat sangat pucat atau cenderung putih.

Tetapi, kondisi ini bukan sahaja terhad kepada manusia, malah haiwan juga.

Baru-baru ini, buat kali pertama seekor tupai albino ditemui dan gambarnya berjaya di rakam oleh jurugambar hidupan liar dari United Kingdom, Gary Fox, 50.

Menurut laporan Daily Mail, Gary terserempak dengan tupai albino ketika sedang berjalan sekitar Water of Leith di Edinburgh untuk mengambil gambar burung pekaka.

Petik portal itu, walaupun pelbagai gambar foto haiwan albino pernah dirakam sebelum ini, tupai albino yang kelihatan berwarna putih sepenuhnya dengan matanya berwarna merah adalah pertama seumpamanya.

“Saya mungkin tidak dapat melihatnya pada musim salji. Tupai albino itu hanya berada di belakang kediaman dekat kawasan sungai di mana saya mahu merakam gambar burung pekaka.

“Ketika menjumpai tupai itu kamera saya masih dalam beg. Mujur, saya sempat mengeluarkan kamera dan membidik gambar haiwan putih yang saya sedar ia merupakan tupai albino,” terang Gary.

Walaupun terdapat tupai putih, rakaman Gary dipercayai adalah albino kerana matanya yang berwarna merah.

Menurut portal itu lagi, kajian menyatakan keadaan albino pada haiwan mendedahkan mereka mudah diserang pemangsa ekoran kemampuan penglihatan yang terhad dan kesukaran fokus.

Haiwan mamalia albino adalah kondisi pelik di mana ia hanya melibatkan satu daripada 100,000 kelahiran manakala tupai albino ternyata sangat unik.

Jom lihat beberapa haiwan yang turut dirakam menjadi perhatian kerana kondisi albino:

Kucing
Tidak semua kucing putih dikategorikan sebagai albino. Kucing berwana putih adalah gen yang ditetapkan dalam bulu mereka manakala kucing albino pula ekoran kekurangan warna pigmentasi dalam kulit, bulu, dan juga mata.

Seekor kucing putih mempunyai pelbagai jenis warna manakala kucing albino hanya memiliki 2 jenis warna mata iaitu merah jambu pudar dan merah pudar.
Ini kerana pantulan cahaya telah menyuluh ke bahagian saluran darah mata.

Burung penguin
Penguin, haiwan yang berasal dari kawasan air dan sejukjuga pernah ditemui dalam kondisi albino menyebabkan ia menjadi putih sepenuhya.
Kura-kura
Populasi kura-kura semakin hari semakin berkurang di seluruh dunia dan menjadi spesis yang terancam di dunia. Walaupun pernah dikesan kura-kura albino tetapi agak sukar dicari pada masa kini.
Kuda belang
Jalur hitam dan putih pada kudang belang sehingga kini masih menjadi tanda tanya kepada saintis yang cuba merungkai sebabnya. Kuda belang albino pula berwarna pucat atau perang ekoran kekurangan pigmen hingga menyebabkan kuda belang berwarna perang dan kellihatan unik.
Anjing
Pernahkan anda melihat anjing albino? Anjing albino tidak mempunyai kulit atau bulu berwarna atau warna mata biasa. Biasanya bulu mereka berwarna putih, bermata biru dan hidung merah jambu.

Buaya
Buaya albino amat sukar ditemui kerana ia sering menjadi sasaran pemangsa semulajadi laut. Ia juga menjadi buruan manusia atas pelbagai sebab termasuk sebab berubat dan mistik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.