
Sushi adalah makanan popular Jepun namun ia semakin diminati dalam kalangan masyarakat dunia termasuk rakyat tempatan.
Di Malaysia, hidangan sushi mula dikenali sejak tahun 1990-an kerana konsep penyediaannya yang segar, berkhasiat dan bersifat eksotik.
Namun bukan sembarangan makan sushi kerana makanan ruji negara matahari terbit ini mempunyai etika atau seni makannya tersendiri. Ini supaya penggemar sushi dapat menikmati keseimbangan rasa manis nasi dan daging ikan mentah yang segar dicicah dengan kicap manis dan rasa pedas menyengat wasabi di mulut.
Baru-baru ini FMT Ohsem sempat menemubual Pengarah Urusan Sushi King, Hiroki Mori mengenai seni menikmati hidangan popular Jepun tersebut.
Menurutnya, orang Jepun memberi keutamaan dan penelitian dalam pelbagai perkaradalam kehidupan mereka dan ini termasuk perkara melibatkan menikmati makanan.

Dalam masa sama beliau juga akui ramai peminat sushi yang tidak mengikut cara makan yang sebenar menyebabkan hidangan tersebut seolah-olah ‘hilang’ nikmat sebenarnya.
1. Makan dengan tangan
Walaupun penyepit makanan atau ‘chopstick’ disediakan, namun sushi dimakan menggunakan tangan. Jadi tak perlulah terkial-kial menggunakan penyelit sehingga menyebabkan sushi terpelanting dan sekali gus isi dan pulut pula bertaburan. Anda pasti pernah berdepan pengalaman tersebut sebelum ini kan?
2. Makan sebiji terus
Sushi disediakan saiz yang ‘comel’ dan kecil supaya ia memudahkan pengguna sekali makan, lagipun memang itu caranya. Jangan sesekali digigit dan kunyah separuh demi menjaga adab semasa makan sedangkan hidangan ini memang disediakan untuk sekali makan. Jangan malu untuk menganga mulut anda.
3. Cicah sos sekali sahaja
Lazimnya peminat sushi tempatan cenderung cicah sushi dengan sos beberapa kali. Tetapi cara yang betul adalah cicah bahagian daging ikan ke dalam sos kicap, elak cicah di bahagian nasi yang akan menyebabkan nasi bertaburan dan hidangan menjadi hancur.
4. Cara cicah wasabi
Wasabi biasanya dimasukkan sekali ke dalam sos kicap dan digaul bersama namun ia dipandang tidak beretika dalam budaya makan Jepun. Anda seharusnya letakkan wasabi di atas isi ikan sebelum cicah ke sos.
5. Elak gaul wasabi sekali dengan sos
Menikmati wasabi yang sebenar adalah dengan meletakkannya sedikit di atas daging ikan sebelum cicah dan bukannya menggaul ke dalam sos tersebut.
Perbuatan menggaulkan wasabi ke dalam sos dipandang melanggar etika makan orang Jepun, jika anda merasakan wasabi belum cukup menyengat rasa pedas, cicah sos dulu dan kemudian tambah wasabi di atas isi dagingnya.
Harap selepas ini tiadalah nasi bertaburan atau sushi tidak sempat sampai ke mulut. Lagipun, kalau menimmati sushi di hadapan orang Jepun, berhati-hatilah, jangan sampai anda dianggap Sekarang dah tahu etika makan yang tepat jangan lupa gunakan cara yang betul ye rasai nikmat sebenar makan sushi, selamat mencuba.
Sempena Tahun Baru Cina, Sushi King menerusi kempen ‘Celebrate the Joy of Spring’ menawarkan menu Prosperity Yee Sang yang didatangkan dengan 3 saiz berbeza menggunakan adunan ramuan segar seperti premium Salmon dan obor-obor,yang didatangkan dari Norway.
Menu tersebut ditawarkan bermula pada harga RM21 hingga RM53.22 boleh didapati dari 1 Januari lalu sehingga 31 Mac depan.
Turut dihidang untuk musim perayaan ini ialah menu Salmon Flower, Auspicious Tamago Nigir, Golden Egg Aburi, Longetivity Chicken Roll dan banyak lagi.
Tidak ketinggalan bagi penggemar Unagi anda boleh menikmati Golden Unagi Roll yang didatangkan dengan balutan nasi serta Seafood Bento, Premium Ebi Fry Set dan Premium Ebi Ten Don.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]