Sayuran menjadi antara makanan yang disyorkan dalam diet seharian. Namun, bagi mereka yang mengikuti diet pemakanan tertentu bukan semua sayuran ‘mesra’ gaya pemakanan yang sedang mereka ikuti.

Tahukah anda makanan berasaskan sayuran juga mempunyai kandungan kalori dan karbohidrat yang tinggi sehingga dapat mempengaruhi diet anda?
Oleh itu, amat penting untuk memilih jenis sayuran yang rendah karbohidrat agar tidak tidak mengganggu program diet. Menurut portal Diet Doctor, sayuran yang tumbuh di atas tanah memiliki kandungan rendah karbohidrat dan boleh dimakan secara bebas.
Manakala, tumbuhan yang tumbuh di bawah tanah seperti lobak merah, kentang, hinggalah bawang memiliki jumlah karbohidrat yang tinggi.
Di bawah adalah 5 jenis sayur-sayuran rendah karbohidrat yang amat berguna untuk diet. Ia juga sesuai kepada mereka yang mahu mengamalkan pemakanan sihat, tinggi serat dan kaya nutrien.

Selain itu, bayam juga membantu mengurangi kerosakan DNA, melindungi jantung, dan mengurangi risiko penyakit mata seperti katarak dan degenerasi makula (mata).

Satu hidangan brokoli (91g) mentah mengandungi 6g karbohidrat, 2g merupakan serat. Kandungan vitamin C dan K pada brokoli juga mencukupi iaitu menepati keperluan harian.

Penyelidikan menunjukkan, kacang buncis kaya dengan kandungan klorofil yang membantu melindungi tubuh dari kanser. Kacang buncis memiliki sebatian kimia, karotenoid yang dapat meningkatkan fungsi otak melawan penuaan.

Salad juga kaya akan vitamin A, C, dan K. Sayuran ini juga tinggi folat yang membantu mengurangi risiko penyakit jantung.

Walaupun tidak mengandunggi banyak khasiat vitamin dan mineral, tetapi ia kaya dengan sebatian cucurbitacin E yang baik amat baik untuk kesihatan. Sebatian ini bersifat anti radang, anti-kanser dan melindungi otak. Ia juga kaya kandungan air yang baik untuk tubuh khususnya pada musim panas.