
Jika anda peminat iPhone namun masih belum berpeluang untuk menggunakan telefon paling mahal di abad ini, mungkin selepas ini anda boleh menggayakan telefon tersebut.
Ini kerana Apple mempertimbangkan untuk menurunkan harga iPhone di beberapa pasaran antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook dalam temubual bersama Reuters berkata, keadaan tersebut berlaku berikutan kemerosotan penjualan iPhone iaitu sebanyak 17% pada awal tahun ini.
Dalam temubual tersebut, beliau menjelaskan kemerosotan itu berpunca daripada harga peranti yang lebih mahal, ekonomi China yang mula perlahan selain nilai mata wang dollar yang tinggi.

Malah, harga Apple iPhone XS Max 256GB mampu mencecah sehingga RM7,049 seunit.
Berikutan keadaan itu, kemungkinan Apple akan mengkaji semula harga pasaran bagi model iPhone keluaran mereka kelak.
Terdahulu, Apple telah pun mengurangkan harga iPhone XR bagi pasaran Jepun bagi meningkatkan permintaan di negara tersebut dan ternyata pengurangan harga itu berhasil walaupun tidak ketara.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]