
Tiga penyamun melarikan 2 ekor kucing baka mewah dalam satu kejadian samun di Nekocatrus, sebuah kedai haiwan di Taman Melawati di ibu kota.
Rompakan bersenjata itu melibatkan kucing jenis baka British Short Hair dan Persian.
Nadrah @nadrahaqila_ salah seorang pekerja kedai tersebut dalam akaun Twitternya berkata, beliau diserang 3 penyamun dengan merompak wang dan 2 baka kucing yang dijual.
“Berhati-hati ketika membeli kucing ini. Anda mungkin terbeli kucing yang dicuri.
“Saya merupakan salah seorang pekerja semasa rompakan, dan memakai baju putih. Doakan semoga penjenayah tersebut dapat diberkas serta kejadian ini dapat dielakan dan tidak berlaku lagi .

“Ini merupakan kali pertama kejadian ini berlaku semenjak kedai ini 4 tahun beroperasi,” katanya dalam laman Twitter.
Wanita itu berharap semua orang berkongsi muat naik Twitternya demi keselamatan 2 ekor kucing baka mahal itu.
“Nasib baik sebelum mereka rompak 2 ekor kucing ini sempat makan. Tak tahu lah nasib kucing tersebut selepas ini.
“Semoga semua orang megambil iktibar dengan tidak membeli kucing curi dan kedai haiwan lain sila berhati-hati dengan kejadian ini, siasatan polis masih di jalankan,” tambahnya.
Nekocatrus menjual pelbagai barangan kucing dan perkhidmatan kucing.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]