
Rumah bersepah dianggap perkara biasa, tetapi ada kalanya ia boleh menimbulkan tekanan yang teruk kepada ‘orang rumah’. Menurut WebMd, kondisi itu boleh mengganggu psikologi kerana rumah yang bersepah sekali gus menjejaskan perasaan seseorang.
Menurutnya, aktiviti mengemas rumah atau keadaan rumah yang kemas memberi manfaat kepada kesihatan mental.
Ini kerana:
#1 Kurangkan kekecewaan dalam diri
Tekanan yang kita alami setiap hari disebabkan rutin harian kita sendiri. Kita sering kali memandang enteng kesan aturan barangan di dalam rumah dan sering kali tersalah meletakkannya di tempat yang salah.
Contohnya, perkara remeh seperti meletakkan sikat di tempat lain sehingga mempengaruhi hidup anda pada hari itu. Akhirnya perkara yang lebih penting perlu diberi perhatian, tidak dapat dilaksanakan dengan betul.
Oleh itu, barangan yang disimpan secara teratur akan memberikan kesan positif pada perasaan anda setiap hari.
#2 Memudahkan anda mencari barang di rumah
Semakin bertambah barangan di dalam rumah, semakin kurang teratur jadinya. Ia pasti akan melecehkan anda untuk mencari sesuatu barangan kerana terlalu banyak atau disimpan makin campak di merata.
Contohnya, Setiap bulan anda membeli bateri lebih sebagai simpanan.
Sepatutnya ia perlu disimpan dengan betul dan teratur agar mudah digunakan pada waktu diperlukan.
#3 Pupuk pemikiran yang jelas
Keadaan yang tak terurus dan barangan yang bersepah membuatkan minda kita semak dengan pelbagai bentuk rangsangan atau stimuli, sama ada dari segi visual, sentuhan, bau dan sebagainya.
Hal ini menyebabkan deria kita terpaksa bekerja lebih untuk memproses rangsangan yang kurang penting dan tidak diperlukan sehingga menjadikan diri letih dan tertekan.
Ruang yang kemas membolehkan otak kita berehat.
#4 Kita menyayangi diri sendiri
Setiap kali kita buka almari baju yang bersih dan tersusun, ia memberi kepuasan ibarat menerima hadiah.
Walaupun kita sendiri mengemas, ia memberi kepuasan selepas itu kerana ruangan kembali bersih dan kemas.
#5 Berikan kepuasan
Walaupun almari anda atau rumah anda berselerak, hanya anda seorang sahaja yang arif di mana letakknya barangan tersebut. Tetapi apabila kita menjaga ruangan tersebut dengan baik, lebih tersusun ia akan memberi kepuasan dan otak akan lebih tenang.
#6 Membantutkan kreativiti & produktiviti
Menurut kajian, ruang terbuka dan kemas memberi ruang kepada minda seseorang untuk menjadi lebih kreatif dan produktif.
Maka tidak hairanlah apabila berdepan dengan keadaan bersepah, anda cenderung rasa negatif sehingga menyukarkan untuk berfikir, membuat keputusan, mencetuskan ilham, dan menyelesaikan masalah.
#7 Salahkan orang lain
Bila dah bersepah, mesti susah mencari sesuatu barang. Kadang-kadang kita pun susah nak letak barang kita sebab ada banyak barang orang lain yang terkumpul.
Tekanan tersebut menyebabkan anda mula menyalahkan orang lain hingga pertengkaran berlaku menambahkan satu lagi masalah.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]