Suatu masa dahulu telefon bimbit yang dibekalkan dengan ruang storan 16GB pun sudah memadai untuk memuatkan pelbagai bahan kini keperluan pengestoran semakin meningkat.

Daripada 32GB kepada 128GB dan keperluan terus mengembang, akhirnya Samsung memperkenalkan ruang storan dengan saiz kapasiti mega iaitu 1TB eUFS, atau 1 terabait luasnya.
Lebih menarik, teknologi itu juga sudah siap dan bakal ditawarkan buat telefon pintar Samsung, tidak lama lagi.

Memetik Extreme Tech, eUFS bakal menawarkan kepantasan 2 kali ganda berbanding SSD.
Berdasarkan pengumuman yang dikeluarkan Samsung, tidak mustahil Samsung bakal memperkenalkannya pada model Samsung Galaxy S10 atau Galaxy Note 10 yang dijangka dilancarkan dalam masa terdekat.
Jika anda salah seorang peminat Samsung dan mahukan ruang storan lebih besar, bolehlah menggantikan telefon dengan yang akan dilancarkan tidak lama lagi.