Penggunaan ubat gigi yang berlebihan dalam kalangan kanak-kanak boleh menyebabkan gigi mereka reput dengan lebih cepat apabila mereka meningkat tua, menurut satu kajian.

Lebih daripada 40% kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun menggunakan ubat gigi penuh atau separuh pada berus gigi berbanding dengan saranan pakar yang hanya mengesyorkan saiz kacang pea.
Penemuaan Pusat Pengawasan dan Pencegahan Penyakit berdasarkan 5,000 kaji selidik yang dilakukan pada kanak-kanak berusia 3 hingga 15 tahun.
Pegawai kesihatan mengesyorkan semua orang memberus gigi 2 kali atau lebih setiap hari menggunakan ubi gigi berfluorida.
Manakala kanak-kanak di bawah 3 tahun sepatutnya menggunakan ubat gigi saiz beras.
Fluorida mempunyai khasiat yang luar biasa kepada gigi anda tetapi perlu digunakan dengan teliti, kata doktor gigi kanak-kanak di Chigaco, Dr. Mary Hayes.
Lazimnya kanak-kanak mahu memberus sendiri tanpa pengawasan ibu bapa, namun tiada orang yang mendidik mereka mengenai cara memberus gigi dan menggunakan ubat gigi sebaiknya.
Ubat gigi yang digunakan mereka mempunyai rasa manis, justeru kandungan gula yang tinggi.
Anda perlu mengelakkan mereka makan ubat gigi, kata Hayes.
Fluorida ialah sejenis mineral yang terdapat dalam air dan tanah. Kira-kira 70 tahun yang lalu, sainstis mendapati air semulajadi mempunyai lebih banyak fluorida dan mengurangkan kaviti apabila diminum.
Pakar memberitahu fluorida menurunkan kadar kerosakan gigi pada remaja dan dewasa.
Bagaimanapun, terlalu banyak fluorida kepada gigi menyebabkannya gusi gatal atau gigi berbintik, dikenali fluorosis gigi. Dalam kes yang lebih buruk, hanya doktor gigi yang tahu masalah dihadapi.
Kajian terdahulu mendapati penyakit fluorosis meningkat sejak 3 dekad yang lalu dan ia boleh menjejaskan 2 daripada 5 remaja.
Ibu bapa mungkin menyalahgunakan ubat gigi ketika anak mereka masih kecil. Kaji selidik yang dijalankan tidak menyoal secara spesifik jenis ubat gigi yang digunakan.
Bukan semua ubat gigi kanak-kanak mempunyai fluorida. Kajian itu juga mendapati kira-kira 60% kanak-kanak memberus gigi 2 kali sehari. Ia juga mendapati kira-kira 20% kanak-kanak tidak memberus gigi sehingga umur 3 tahun.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]