Bagaimana jika hidangan tengah hari anda disajikan dengan sepinggan belalang goreng? Sanggup mencubanya?

Di beberapa kawasan, khususnya sebelah timur iaitu Kelantan dan utara bersempadanan dengan Thailand, rakyat tempatan mengamalkan pemakanan serangga ini sebagai makanan utama atau snek.
Menurut kajian, serangga ini mempunyai banyak nutrisi dan khasiat. Namun bukan semua serangga yang boleh dimakan.
FMT Ohsem menyenarai serangga yang boleh dimakan dan khasiatnya, mungkin anda boleh mencuba bila dapat peluang kelak. Mari kita lihat:
Cengkerik
Cengkerik dewasa mempunyai sumber besi, protein dan vitamin B12. Cengkerik disediakan dengan reseipi yang berbeza.
Paling diminati oleh semua orang apabila ia dikisar dan menjadi serbuk ditambah ke dalam susu protein.
Belalang
Belalang adalah serangga yang tinggi protein. Serangga ini terkenal di seluruh dunia antaranya Mexico, Amerika, Afrika dan juga Asia. Belalang mempunyai permintaan yang tinggi di Uganda kerana ia lebih mahal daripada harga sekilogram daging lembu.
Di Malaysia, khususnya Pantai Timur, menyajikan menu istimewa iaitu belalang masak kerutuk untuk dijadikan sebagai juadah sarapan pagi bersama nasi.

Telur kerengga mendapat permintaan tinggi di Asia. Ia dianggap sebagai salah satu makanan istimewa dan sering kali digunakan dalam hidangan mewah.
Ia mengandungi sumber protein yang tinggi dan lemaknya mempunyai rasa seperti citrus.
Telur kerengga menjadi makanan utama di Thailand, Vietnam, Filipina dan merupakan makanan eksotik kerana mengandungi protein yang tinggi. Aktiviti mengutip telur kerengga dijadikan satu perniagaan di negara tersebut. Mereka juga memungut kerengga dewasa untuk dijadikan makanan.
Lebah
Larva lebah biasanya digunakan sebagai makanan mengandungi asid amino yang tinggi, vitamin B, dan bahan nutrien lain. Lebah digambarkan mempunyai tekstur lemak yang kaya dan ia adalah makanan ruji di Thailand. Orang asli di Australia pula menggunakan lebah tanpa ragu sebagai sumber gula.
Kumbang
Serangga yang paling popular untuk dimakan oleh orang dewasa di Indonesia kerana kaya dengan protein dan beberapa vitamin dan juga mineral. Kumbang akan dipanggang atau digunakan dalam resipi.
Ulat gonggok
Di Afrika, hampir 9.5 juta ulat gonggok dituai setiap tahun. Ia adalah sumber penting yang mengandungi zat protein, terutamanya pada musim hujan. Ulat gonggok juga popular di Asia dan juga Mexico. Ia sering direbus ataupun digoreng dan dimakan bersama sos pedas yang dibalut tortilla.

Ulat sagu adalah makanan khas masyarakat Indonesia wilayah timur. Meskpuni sebahagian besar orang merasa jijik dengan makanan ini, ulat sagu dianggap sebagai makanan yang kaya nutrisi.
Ulat sagu mengandungi protein, karbohidrat, lemak omega 3, 6, dan 9, serta asid amino. Tahukan anda ulat sagu atau ulat mulong dan juga makanan exotik paling popular di Sarawak.
Ia sangat digemari oleh masyarakat Melanau dan Dayak. Minyak ulat sagu berkhasiat untuk melebatkan rambut. Pengambilan ulat sagu secara berterusan dapat mencantikkan kulit muka agar kelihatan gebu dan cerah.

Ulat sutera mempunyai kandungan protein yang tinggi. Ia mempunyai banyak pengemar di negara-negara Asia seperti Korea dan China. Kandungan protein dari kepompong ulat sutera lebih tinggi daripada ikan, lembu, dan kekacang. Ulat sutera juga memiliki kadar protein sehingga 78.58 % .
Ramai orang hanya mengetahui bahawa ulat sutera untuk penghasilan benang sutera. Namun, ia bukan sahaja menghasilkan benang sutera, malah turut memiliki banyak manfaat untuk kehidupan seseorang.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]