Kelab LA Galaxy bakal bina tugu untuk David Beckham

Kelab LA Galaxy bakal bina tugu untuk David Beckham

Beckham membuat 115 penampilan untuk England sebelum menyertai LA Galaxy selepas 4 tahun bersama Real Madrid dan Manchester United.

Bekas kapten England, David Beckham akan menerima penghargaan tertinggi daripada LA Galaxy, California menerusi pembinaan tugu khas yang bakal berdiri megah di luar stadium kelab bola sepak tersebut.

Beckham bukan hanya mencipta impak besar dalam arena bola sepak Amerika Syarikat, malah suami kepada Victoria Beckham yang kini berusia 43 tahun turut menjadi perhatian media dan juga peminat dunia kerana ketampanan dan pengaruh kuat dalam dunia hiburan.

Tugu khas ini dijangka dirasmikan di Dignity Health Sports Park sebelum perlawanan pertama LA Galaxy pada musim baru menentang Chicago Fire pada 2 Mac.

Beckham membuat 115 penampilan untuk England menyertai LA Galaxy selepas 4 tahun bersama Real Madrid dan Manchester United yang ditinggalkannya pada 2003.

Dia pernah dikritik segelintir peminat Galaxy selepas bersetuju dengan perpindahan pinjaman ke AC Milan pada 2009 dan 2010 menyaksikannya terlepas beraksi dalam Major League Soccer (MLS) bagaimanapun meninggalkan kelab itu ketika LA Galaxy menjulang gelaran 2011 dan 2012.

Dia kini pemilik bersama kelab MLS Inter Miami yang akan menyertai liga tersebut pada 2020.

Pengiktirafan ini menjadikan bekas bintang barisan tengah Manchester United dan Real Madrid sebagai pemain pertama menerima penghargaan seumpama itu dalam sejarah MLS.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.