
“Tidak ada alasan untuk panik dan kita ambil positif.
“Kita tidak boleh putus asa dan perlu teruskan perjuangan,” katanya selepas Majlis Penutup Karnival Usahawan Muda Selangor di sini, hari ini.
Semalam, BN memenangi kerusi DUN Semenyih dengan majoriti 1,914 undi, PRK ke-2 yang dimenangi bekas parti pemerintah itu sejak kalah dalam pilihan raya umum ke-14.
Zakaria Hanafi mendapat 19,780 undi, menewaskan pencabar terdekat daripada Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali yang meraih 17,866 undi, Nik Aziz Afiq Abdul daripada Parti Sosialis Malaysia (847 undi) dan calon bebas, Kuan Chee Heng (725 undi).
Hari ini, Redzuan berkata, PPBM ialah parti baru dan PH yang baru 9 bulan memerintah negara, memerlukan masa untuk memulihkan kerosakan dilakukan kerajaan terdahulu.
“Secara keseluruhan, kita baru nak bangunkan apa yang dirosakkan.
“Kalau kita ambil negara yang tidak ada masalah, senang. Hari ini, berbagai cara kita perlu fikir untuk baiki kerosakan yang berlaku seperti Felda dan Tabung Haji.”

Katanya, rakyat berhak menukar kerajaan, jika PH gagal melakukan sebarang perubahan dalam 3 atau 4 tahun lagi.
“Tidak ada masalah, ini negara demokrasi,” katanya.
Kereta terbang
Dalam perkembangan lain, Redzuan yang juga menteri pembangunan usahawan berkata, pasaran utama kereta terbang bukan sahaja perkhidmatan pengangkutan, tetapi ia turut menyasarkan sektor pertanian dan pengangkutan di kawasan pedalaman.
“Misalnya di kawasan pedalaman Sarawak, tak ada jambatan dan jalan raya, jadi kita perlu pengangkutan seperti kapal terbang.
“Manakala untuk pertanian, boleh guna untuk memantau penternakan.”
Katanya, projek kereta terbang bertujuan mengelakkan Malaysia ketinggalan terlalu jauh kerana Jepun akan melaksanakan kereta terbang pada 2025.
“Insya Allah, dalam masa terdekat, iaitu tahun ini atau paling dekat lepas puasa, saya akan jemput usahawan menyaksikan sendiri, seorang atau 2 menteri akan terbang dalam sebuah kereta yang boleh terbang.
“Insya Allah, ini bukan satu perkara boleh diremehkan.”