Khazanah pertimbang jual Legoland

Legoland Malaysia ialah taman tema Lego pertama di Asia yang dibuka pada 15 September 2012. (Gambar Bloomberg)

KUALA LUMPUR: Dana kekayaan negara, Khazanah Nasional Berhad sedang mempertimbangkan penjualan Legoland Malaysia Resort, kata individu yang tahu perkara itu.

Taman tema itu mungkin bernilai sekitar RM1 bilion, termasuk hutangnya, kata individu yang tidak mahu dinamakan itu kerana maklumat terbabit sulit.

Katanya, Khazanah sedang mempertimbangkan potensi penjualan itu sebagai sebahagian daripada kajian semula ke atas aset bukan terasnya.

Legoland Malaysia yang terletak di Johor, dimiliki unit Khazanah dan dikendalikan Merlin Entertainments Plc.

Ia adalah taman tema Lego pertama di Asia yang dibuka pada 15 September 2012, dengan keluasan lebih 50 padang bola yang dilengkapi lebih 15,000 model Lego diperbuat daripada lebih 60 juta bongkah.

Individu itu berkata, keputusan muktamad belum dibuat dan Khazanah mungkin mengekalkan aset itu.

Wakil Khazanah tidak memberi maklum balas segera terhadap permintaan mendapatkan komen.