
Setakat 3 Mac, sejumlah 1,374 kes yang disyaki dan 93 kematian dicatat di seluruh 21 negeri, termasuk ibu kota Abuja, menurut Pusat Kawalan Penyakit Nigeria dalam laporan situasi mingguannya.
Laporan itu menyebut terdapat 39 kes baru yang disahkan di 6 negeri dan 8 korban baru di Edo, Ondo dan Kogi bagi tempoh 25 Feb hingga 3 Mac.
Kerajaan Nigeria berkata, penyakit itu berjaya dikawal secara beransur-ansur kerana pegawai yang berkenaan bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi menangani wabak tersebut.
Demam Lassa, yang dinamakan sempena sebuah kampung di timur laut negeri Borno di mana ia dikesan buat kali pertama pada tahun 1960-an, merebak melalui kotoran atau air kencing tikus spesies Mastomys, atau lebih dikenali sebagai “tikus multimamat.”
Gejala penyakit itu termasuk demam, sakit kepala, pening, sakit tekak, malais, batuk, mual, muntah, sakit dada dan hilang pendengaran.
Tiada vaksin ditemui bagi mencegah penyakit itu.