
Beliau berkata manusia biasanya melaungkan perasaan tidak puas hati apabila hak yang diberikan tuhan dicabuli, tetapi golongan terbabit bertindak sebaliknya.
“Malangnya bagi golongan songsang, mereka berhimpun dan menjerit menuntut supaya kesongsangan hidup mereka diiktiraf.
“Mereka bukan sahaja mendedahkan keaiban diri mereka bahkan mendedahkan betapa mereka itu ‘cacat’ mencacatkan fitrah,” katanya menerusi Facebook.
Semalam, perarakan “Hentikan Keganasan, Hormati Perempuan” dari kompleks beli belah Sogo hingga ke jambatan “River of Life” berdekatan Dataran Merdeka, pagi semalam didakwa disertai penyokong LGBT yang melaungkan slogan berkaitan dan membawa bendera pelangi.
Polis dilapor berkata tiada permit dikeluarkan untuk perhimpunan itu, dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman.
Banyak pihak mengecam perarakan tersebut, ia termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa yang membidas golongan itu menyalahgunakan himpunan hak wanita untuk membawa isu LGBT.
PPBM dan Umno turut mengecam tindakan tersebut di mana Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Wan Saiful Wan Jan menyifatkan ia sebagai “amat menjengkelkan”, manakala Ketua Wanita Umno, Noraini Ahmad menggesa kerajaan agar tidak tunduk dengan apa sahaja desakan kumpulan LGBT.
Sementara itu, Mufti Kelantan, Shukri Mohamad berkata perarakan itu merupakan jenayah kemasyarakatan yang memudaratkan.
Beliau berkata golongan itu merasakan mereka adalah minoriti yang tidak memudaratkan masyarakat.
“Sebenarnya ia terkait di mana apabila berlaku kemudaratan, ia tidak kembali kepada individu, tetapi kemudaratan akan menimpa masyarakat.
“Mereka masih perlu memelihara jutaan manusia yang lain daripada akhlak dan peradaban. Di samping tidak boleh menyakiti walaupun hanya mewakili golongan minoriti, dia tak boleh sakiti majoriti,” katanya memetik laporan Sinar Harian.