
KUALA LUMPUR: Malaysia bersetuju dengan permohonan Indonesia untuk menggugurkan dakwaan terhadap seorang wanita republik itu yang didakwa dalam kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara pada 2017, kata peguam negara dalam sepucuk surat pada 8 Mac lalu.
Siti Aisyah dilepas tanpa dibebaskan hari ini, selepas mahkamah menggugurkan pertuduhan bunuh ke atasnya.
Peguam Negara, Tommy Thomas memberitahu Menteri Undang-undang Indonesia, Yasonna Laoly, dalam surat itu yang dilihat Reuters, Siti Aisyah boleh pulang ke Indonesia.