
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Kabinet sudah pun membincangkan perkara itu dalam mesyuarat lepas.
“Perdana menteri berkata beliau akan meneliti semula kes tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Festival Asia GP di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan mudah mengesan mana-mana individu yang menghina dan pengkritik kerajaan.
Sebelum ini, polis dilaporkan membuka kertas siasatan berhubung himpunan sempena Hari Wanita yang turut dihadiri penyokong LGBT.
Tidak lama kemudian, beberapa individu yang dikatakan sebagai penganjur perhimpunan tersebut dipanggil untuk siasatan.
Dalam satu kenyataan, penganjur berkata mereka disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.
Sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, penganjur berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara 3 tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.
“(Kami) akan mematuhi proses ini walaupun undang-undang ini tidak adil dan tidak seimbang untuk digunakan terhadap kami,” kata mereka.