Ahli Parlimen PPBM gesa tindakan terhadap amalan seks ‘jijik’ golongan LGBT

Ahli Parlimen PPBM gesa tindakan terhadap amalan seks ‘jijik’ golongan LGBT

Kerajaan digesa bertindak mengawal komuniti LGBT di negara ini.

Ahli Parlimen Bagan Serai Noor Azmi, yang menyertai PPBM November lalu menggesa kerajaan bertindak mengawal komuniti LGBT di negara ini. (Gambar fail)
KUALA LUMPUR:
Noor Azmi Ghazali (PH-Bagan Serai) menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara itu dengan berkata, mereka mengamalkan tingkah laku seksual yang menyeleweng dan “jijik”.

Beliau juga membuat analogi sebuah bangunan bagi menggambarkan amaan seks sejenis, yang menurutnya merupakan punca kes HIV.

Noor Azmi Ghazali.

“Saya buat bangunan sebagai contoh. Kita buat pintu di depan dan kita pastikan ia cantik. Kita sapu cat, ukir dan sembur penyegar udara.

“(Tetapi) kenapa lepas itu kita nak lalu ikut pintu belakang? Pintu belakang kotor, tidak sesuai dan berbau,” katanya ketika berhujah menyokong titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Noor Azmi, yang menyertai PPBM November lalu menggesa kerajaan bertindak mengawal komuniti LGBT di negara ini.

Katanya, tabiat begitu dilarang Islam dan boleh mengundang kemurkaan Tuhan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.