Kementerian minta penjelasan RTM tak buat liputan acara kerajaan Sarawak

Kementerian minta penjelasan RTM tak buat liputan acara kerajaan Sarawak

Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak tahu menahu tentang isu RTM tidak membuat liputan acara kerajaan negeri yang ditadbir GPS.

Shakib Ahmad Shakir. (Gambar Bernama)
KUCHING:
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan meminta Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak memberi penjelasan berhubung dakwaan tidak membuat liputan acara kerajaan negeri itu dibawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Shakib Ahmad Shakir berkata perkara itu di luar pengetahuan kementerian.

“Kami tidak tahu menahu isu ini. Kami akan meminta penjelasan daripada RTM Sarawak mengenai isu ini,” katanya kepada media selepas majlis perasmian Taklimat Kesedaran Pencegahan Jenayah Siber dan Antipemerdagangan Orang di Auditorium P Ramlee, RTM Kuching hari ini.

Semalam Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mendakwa RTM kerana tidak membuat liputan sidang media Kejohanan Golf Terbuka Amatur Malaysia ke-117 yang akan berlangsung pada 18 hingga 23 Jun tahun ini.

Beliau meluahkan rasa kecewa kerana kurang mendapat liputan daripada RTM kerana menurutnya beliau memahami jika RTM tidak membuat liputan sekiranya sidang media semalam adalah mengenai politik GPS, tetapi ia mengenai kejohanan golf.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.