Sudah tiba masa AS iktiraf kedaulatan Israel di Bukit Golan, kata Trump

Sudah tiba masa AS iktiraf kedaulatan Israel di Bukit Golan, kata Trump

Duta Israel ke AS, Ron Dermer membalas Twitter Trump dengan menyatakan "Terima kasih, Presiden Trump!".

Israel menawan kawasan terbabit dalam perang 1967 dan merampas Bukit Golan pada 1980-an, tetapi masyarakat antarabangsa tidak pernah mengiktiraf tindakan itu. (Gambar Reuters)
WASHINGTON:
Presiden Donald Trump pada Khamis berkata, tiba masa untuk negara itu mengiktiraf kedaulatan Israel di Bukit Golan yang diduduki selepas rejim Tel Aviv merampasnya daripada Syria pada 1967, lapor agensi berita Xinhua memetik Twitter presiden Amerika Syarikat itu.

Trump menulis, “selepas 52 tahun, tiba masa bagi Amerika mengiktiraf sepenuhnya kedaulatan Israel ke atas Bukit Golan, yang kritikal dari segi strategik dan mempunyai kepentingan keselamatan untuk negara Israel dan kestabilan serantau!”.

Israel menawan kawasan terbabit dalam perang 1967 dan merampas Bukit Golan pada 1980-an, tetapi masyarakat antarabangsa tidak pernah mengiktiraf tindakan itu.

Dalam reaksi terhadap kenyataan yang mengisyaratkan perubahan besar dasar Amerika berhubung isu berkenaan, Duta Israel ke AS, Ron Dermer membalas Twitter itu dengan menyatakan “Terima kasih, Presiden Trump!”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.