26 maut dalam kebakaran bas pelancong di China

26 maut dalam kebakaran bas pelancong di China

Polis menahan 2 pemandu bas dan pemandu pelancong untuk membantu siasatan.

Bas yang mempunyai 59 tempat duduk ini tiba-tiba terbakar ketika melalui lebuh raya di daerah Hanshou, bandar Changde, China, semalam. (Gambar Facebook)

CHANGSHA (Hunan): Seramai 26 penumpang terbunuh dan 28 lagi cedera selepas sebuah bas pelancong terbakar di wilayah Hunan, tengah China, semalam.

Lima daripada mangsa cedera dilaporkan kritikal dan dihantar ke 3 hospital tempatan, menurut Jawatankuasa Wilayah Hunan.

Kejadian berlaku kira-kira 7.15 malam Jumaat, apabila bas mempunyai 59 tempat duduk itu tiba-tiba terbakar ketika melalui lebuh raya di daerah Hanshou, bandar Changde.

Dua pemandu bas terbabit dan pemandu pelancong ditahan untuk membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.