Dr M akan bentang usul ahli Parlimen Umno ganti ketua PAC

Dr M akan bentang usul ahli Parlimen Umno ganti ketua PAC

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Parit Sulong, Noraini Ahmad akan menggantikan Ronald Kiandee.

Noraini Ahmad ialah ahli Parlimen Parit Sulong selama 3 penggal dan ketua Wanita Umno.
KUALA LUMPUR:
Kerajaan dijangka membentangkan usul di Dewan Rakyat hari ini bagi menggantikan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Ronald Kiandee dengan Ahli Parlimen Parit Sulong, Noraini Ahmad.

Usul itu berada dalam senarai ke-9 Aturan Urusan Mesyuarat bagi sidang Dewan Rakyat hari ini. Ia dijangka dibentangkan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Noraini yang merupakan ahli Parlimen Parit Sulong selama 3 penggal juga adalah ketua Wanita Umno. Beliau dilantik sebagai ahli PAC pada Ogos tahun lalu bagi menggantikan bekas ketua PAC, Hasan Arifin.

Kiandee yang juga ahli Parlimen Beluran, meninggalkan Umno Sabah untuk menyertai PPBM pada 15 Mac lalu.

Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 lalu berjanji akan melantik wakil rakyat pembangkang untuk mengetuai PAC.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.